Barcelona Mahu Jual, Juventus Mahu Beli Tapi Arthur Mahu Kekal

Ketua Pegawai Bola Sepak Juventus, Fabio Paratici tidak menafikan kemungkinan terus berunding melakukan swap deal melibatkan pemainnya Miralem Pjanic dengan pemain Barcelona, Athur.

Mengikut beberapa laporan, Pjanic sangat berminat untuk menyertai Barcelona tetapi Athur seperti masih mahu kekal di Nou Camp.

Disebabkan itu rundingan untuk melakukan pertukaran melibatkan 2 pemain ini masih tergendala.

Sky Sport juga melaporkan Juventus bersetuju dengan yuran perpindahan bernilai €80 juta yang ditetapkan Barcelona. Namun sejak dari awal rundingan pemain Brazil itu tetap mahu kekal di sana.

Kedua-dua pemain bermain di posisi yang sama bersama kelab masing-masing.

Pjanic dan Blaise Matuidi merupakan defensive midfielder membantu Leornardo Bonucci dan Matthijs de Light di bahagian pertahanan tengah.

Arthur pula lebih kerap dimainkan diposisi itu berbanding sayap pada musim lepas. Arthur, Frenkie de Jong dan Sergio Busquet membentuk unit bertahan dibahagian tengah padang.

Ivan Rakitic dan Arturo Vidal sudah tua dan agak tersisih pada musim ini.

Walaupun Pjanic bakal berusia 31 tahun dan Arthur 24 tahun pada musim depan, namun kemasukan Pjanic lebih dilihat untuk menggantikan Rakitic atau Vidal.

Barcelona kelihatan agak tergesa-gesa untuk mengurangkan jumlah pemain dalam skuad utamanya sebelum akhir bulan ini.

Namun di pihak Juventus pula menganggap pasukannya tidak akan terburu-buru menyelesaikan perjanjian tersebut.

Juventus mahu memberi perhatian kepada perlawanan yang akan diharungi oleh pasukanya terlebih dahulu.

Lagipun Arthur masih belum menunjukkan minat menyertai mereka.

“Kami sering bercakap dengan Barcelona, tetapi buat masa sekarang kedua-dua pasukan mempunyai perlawanan penting.”

“Kami memutuskan biarlah hal itu diselesaikan terlebih dahulu. Ia bukan masalah tarikh tetapi perjanjian antara dua pihak dan keyakinan pemain.” Petikan dari Sky Sport

Walaupun Barcelona bersedia melepaskan Arthur tetapi Juventus perlu menyakinkan pemain itu bahawa menyertai mereka merupakan satu langkah yang tepat.

Mereka juga perlu menyakinkan Arthur meninggalkan La Liga dan menyertai Serie A merupakan satu idea yang baik.

Sebelum ini Pjanic dilaporkan menolak semua tawaran lain untuk menyertai Barcelona.

Barcelona melihat pemain ini mampu menguatkan blok pertahanan bersama Frenkie de Jong dan Sergio

Kehadiran Pjanic boleh mengakhiri karier Rakitic atau Vidal di Nou Camp. Kedua-dua pemain ini sudah agak berusia dan mula hilang tempat di kesebelasan utama.

Vidal sering dikaitkan menerima tawaran dari pasukan di Serie A semetara itu Rakitic difahamkan mahu menghabiskan kontraknya disana.

Pada awal bulan lepas Vidal pernah mengeluarkan isyarat untuk bekerjasama dengan Antonio Conte di Inter Milan.

Jadi, keingginan Barcelona mahu mendapatkan Pjanic lebih kepada mencari pengganti Vidal dan mereka akan mengeluarkan Arthur bagi mengurangkan saiz skuad utama mereka.

Arthur mempunyai kontrak sehingga hujung musim 2024 dengan klausa pelepasan bernilai € 400 juta, sementara transfermarkt memberinya nilai pasaran € 55 juta.

Baca yang lain