Barisan Eksperimen Southgate Tewaskan Austria 1-0 Tetapi…

England turun bertemu Austria bagi melakukan persiapan akhir kejohanan Piala Eropah. Austria juga akan bermain di kejohanan tersebut.

England berada dalam kumpulan D bersama Croatia, Republik Czech dan Scotland. Sementara itu Austria berada dalam kumpulan C bersama Belanda, Macedonia dan Ukraine.

England berjaya menewaskan Austria hasil jaringan tunggal Bukayo Saka. Ia merupakan jaringan pertama bagi pemain Arsenal ini bersama England selepas 3 kali bermain.

Jaringan tersebut terhasil pada minit ke-57 selepas menguis bola lantunan. Sebelum itu Saka berpeluang membuka jaringan lebih awal pada minit ke-21 namun dipersiakan.

Harry Kane juga boleh memberi jaringan pembukaan namun penyerang ini melepaskan keemasan yang berlaku pada minit ke-30.

Selepas England mendahului, Austria mempunyai 4 peluang untuk sekurang-kurang seri namun keputusan akhir tetap 1-0.

EKSPERIMEN SOUTHGATE GUNA PEMAIN LUAR SENARAI

Kurang sehari selepas memuktamadkan senarai 26 pemain, Southgate masih lagi mahu mencuba beberapa pemain yang tidak berada dalam senarai tersebut.

Lebih mengejutkan Jesse Lingard berada dalam kesebelasan utama. Peluang itu diberi hanya kerana mahu memberi peluang kepada pemain itu membuktikan dirinya (Southgate) salah.

Ternyata Southgate masih betul.

Lingard dikeluarkan dan digantikan dengan Ollie Watkins. Watkins juga pemain yang tidak berada dalam senarai akhir pemain.

Tidak cukup dengan itu Southgate juga memasukan 2 lagi pemain yang disingkirkannya sendiri iaitu Ben Godfrey dan James Ward-Prowse untuk menggantikan Tyrone Mings dan Declan Rice.

Dengan hanya berbaki 1 lagi perlawanan persahabatan Southgate terlalu bereksperimen dengan pemain yang tidak disenaraikannya.

Analisis Penuh Skuad Piala Eropah England: Muda, Berbakat Dan Seimbang

PASUKAN KE-2

Walaubagaimanapun, kemenangan 1-0 itu meredakan sedikit persoalan. Barisan pemain yang diturunkan oleh Southgate bukanlah barisan utama dan yang terkuat.

Southgate hanya menurunkan Tyrone Mings berbanding John Stones yang kerap mengalas tugas penting sebelum ini.

Harry Maguire masih dalam proses pemulihan dan tempatnya diisi oleh Conor Coady.  Jack Grealish, Jude Bellingham dan Dominic Calvert-Lewin juga bukan pemain yang sering bermula pada setiap perlawanan.

Marcus Rashford, Harry Kane dan Phil Foden atau Mason Mount sepatutnya akan bermula jika Southgate menurukan barisan terkuatnya.

Siapa pun pemain Southgate turunkan, menang 1-0 tetap menang.

ALEXANDER ARNOLD-CEDERA

Sehingga pagi ini masih belum diketahui sejauh mana kecederaan yang dialami oleh Trent Alexander-Arnold. Namanya menjadi topik di media mengapa Southgate kurang gemar menggunakannya.

Untuk rekod dalam 3 perlawanan terakhir England, pertahanan Liverpool ini hanya berada dibangku simpanan.

Namun persoalan itu terjawab apabila Southgate menyenaraikan namanya dalam senarai akhir ke Piala Eropah. Kali ini Alexander-Arnold diturunkan dalam barisan eksperimen dan ke-2 Southgate.

Malangnya Alexander-Arnold mengalami kecederaan ketika permainan sudah memasuki minit ke-90, 2 minit selepas dia dilayangkan kad kuning kerana tidak menunjukkan semangat kesukanan.

Southgate Yakin England Akan Sampai Semifinal, Atau Dikira Gagal

Baca yang lain