Bartomeu Sahkan United Minat Dapatkan Dembele Namun Barcelona Tutup Pintu Rundingan

Beberapa hari ini ada laporan menyatakan bahawa Man United mahu mendapatkan Ousmane Dembele selepas Jadon Sancho memutuskan untuk kekal di Borussia Dortmund.

Dan perkara itu disahkan oleh Presiden Barcelona bahawa pihaknya menolak untuk membuka rundingan dengan United berkenaan dengan pemain tersebut.

Dembele tersenarai dalam 7 pemain yang disahkan akan kekal di Barcelona, ataupun dalam senarai selamat.

Mereka ialah Lionel Messi, Ter Stegen, Clement Lenglet, Nelson Semedo, De Jong, Antoine Griezmann dan Ousmane Dembele.

Selain itu Bartomeu juga mengesahkan bahawa Coutinho boleh kekal di Barca dan tak pergi ke mana mana musim hadapan jika Koeman mahukannya.

Koeman sah akan menjadi pengurus baharu Barca. Cuma menunggu pengumuman rasmi.

Bartomeu secara terbuka menyatakan perkara tersebut kepada umum.

Masa depan Messi

Bartomeu menyatakan bahawa Messi tidak akan dilepaskan dan pemain itu sendiri mahu menamatkan kariernya di Barcelona.

“Messi akan kekal. Dia mahu menamatkan kariernya di sini. Saya sering bercakap dengan dia dan ayahnya.”

“Koeman mahu menjadikan Messi sebagai asas penting kepada projek kami selepas ini.”

Masa depan Messi menjadi persoalan selepas pemain itu dikatakan meminta untuk dilepaskan.

Seterusnya Bartomeu menolak kemungkinan akan mendapatkan Neymar dalam jendela perpindahan kali ini.

“PSG tak mahu lepaskan Neymar pada musim panas ini. Jadi tiada rundingan kami dengan pihak mereka.”

Berkenaan dengan Lautaro Martinez, Bartomeu mengesahkan ada rundingan beberapa bulan lalu.

Namun ianya sudah terhenti dan tidak diteruskan. Ini bermakna Barcelona tidak lagi memfokuskan usaha untuk mendapatkan Martinez.

Setien, Abidal dipecat

Semalam merupakan hari yang panas di Nou Camp. Mana taknya, apabila ada dua individu dipecat.

Pertamanya ialah Quique Setien dan keduanya Eric Abidal. Ianya selepas Barcelona menamatkan saingan tanpa trofi musim ini dan menutup musim dengan diaibkan Bayern dengan kekalahan 2-8.

Setien baru menikmati musim penuh beliau yang pertama musim ini. Dan beliau tidak dapat kekal lama di kelab impiannya Barcelona.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu