Baru Beberapa Hari Kembali, Beraksi 1 Perlawanan, Barcelona Sahkan Dembele Cedera Lagi

Barcelona sebelum ini baru sahaja teruja menerima semula kepulangan Ousmane Dembele daripada rehat panjang kerana kecederaan.

Dan hari ini, Barca mengumumkan bahawa pemain tersebut kembali dilanda kecederaan yang membuatkannya terlepas aksi seterusnya.

Sebelum ini, Dembele berehat 3 bula kerana masalah kecederaan lutut ketika aksi Euro 2020.

Kecederan tersebut membuatkan Dembele terlepas 14 aksi awal musim ini. Dembele kemudian kembali dan menunjukkan aksi cemerlang ketika Barcelona menewaskan Dynamo Kyiv dalam aksi UCL.

Dembele sudah mengalami banyak siri kecederaan di Barcelona. Malah, ketika dia baru diumumkan sebagai pemain Barca dia terus cedera walaupun baru sahaja beraksi untuk pasukan mereka.

Setakat ini, Dembele mengalami 8 siri kecederaan di Barcelona. Membuatkan pemain itu sangat sukar untuk menikmati karier dan membuktikan kariernya di Nou Camp.

Kecederaan terbaru Dembele ini benar benar membuatkan peminat Barcelona simpati dan geleng kepala mengenangkan nasib pemain itu.

Menurut Barcelona, Dembele mengalami kecederaan di otot hamstring kirinya.

Dembele dalam persiapan menentang Celta Vigo. Dan terpaksa melupakan aksi tersebut. Tidak pasti bila pula beliau akan kembali. Yang pasti setiap kali dia kembali mesti ada pengurus baharu.

Sekarang ini Barca dikendalikan oleh interim. Kepulangan seterusnya, mungkin Dembele akan berjabat tangan dengan Xavi?

Dembele memang pemain yang berbakat. Tetapi sejak di Barcelona, kisah beliau hanyalah cerita kecederaannya.

Apapun semoga cepat sembuh kepada Ousmane Dembele.

Baca yang lain