Baru Debut 30 Minit, Lavia Alami Kecederaan Lagi

Romeo Lavia baru sahaja kembali ke dalam skuad Chelsea dan membuat debut untuk pasukannya. Ianya dianggap satu boost penting kepada senarai kecergasan pemain Chelsea.

Malagnya pemain itu disahkan mengalami kecederaan sekali lagi selepas aksi debut 30 minit bersama Chelsea semalam.

Pemain bernilai £68 juta itu menunggu lama untuk melakukan debut bersama The Blues. Dan dia menjadi pemain gantian pada separuh masa kedua dalam kemenangan 2-1 Chelsea ke atas Crystal Palace.


w
Lavia menunjukkan aksi memuaskan dalam membantu pasukannya untuk memang. Namun Pochettino dikatakan tidak gembira dengan berita tentang kecergasan pemain itu.

Pochettino berkata selepas tamat perlawanan: “Saya agak risau dengan keadaan Romeo Lavia. Dia menamatkan perlawanan dengan sedikit masalah. Saya harap dia ok.”

Wartawan Nathan Gissing kemudian melaporkan bahawa pemain tengah itu telah mengalami kesakitan di bahagian pangkal pehanya.

Kecederaan itu mungkin akan memaksa pemain itu berehat sekali lagi untuk memulihkan semula kecederaan tersebut.

Chelsea dijangka akan berbelanja pada Januari ini. Selepas Mauricio Pochettino sebelum ini dengan terbuka menyatakan kelab perlu membeli pemain baharu untuk menguatkan pasukan Chelsea agar selayaknya dengan status pasukan itu.

Namun situasi semasa, Chelsea dikatakan mahu menjaga akaun FFP mereka dan perlu mendapatkan wang daripada penjualan pemain terlebih dahulu jika mereka mahu membeli.

Pochettino dibenarkan untuk menjual 3 pemain dengan nilai £150 juta. Antara nama yang dibenarkan untuk dijual ialah Connor Gallagher yang masih belum melanjutkan kontraknya.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah