Bayern Beritahu Mane, Dia Tak Diperlukan Dan Harus Berambus

Bayern Munich menegaskan sekali lagi kepada Sadio Mane bahawa dia tidak diperlukan di kelab itu.

Mane sebelum ini sudah diberitahu perkara yang sama selepas insiden dia dengan Leroy Sane. Di mana kelab itu menganggap Mane satu kerugian dan berusaha untuk menjualnya.

Sadio Mane gagal memberikan impak seperti yang diharapkan oleh Bayern.

Namun pemain Senegal itu mahu membuktikan bahawa dia masih pembelian yang tepat oleh Bayern. Ini kerana dia baru sahaja bersama kelab itu semusim dan diganggu oleh krisis kecederaan.

Malangnya, lembaga pengarah kelab itu merasakan bahawa Mane adalah pembelian yang gagal. Terutama sekali dia hadir ke Bayern selepas kelab itu kehilangan Robert Lewandowski.

Mane dibeli dari Livepool dengan nilai sekitar £35 juta oleh kelab itu. Dan kini Bayern sedia menerima bayaran bermula £17 juta untuk Sadio Mane jika ada kelab berminat dengan Mane.

Nilai itu dianggap sangat rendah ditawarkan oleh Bayern kepada mana mana kelab yang berminat mendapatkan bekas pemenang UCL dan EPL bersama Liverpool itu.

Beberapa tawaran ada di meja Bayern terutama sekali dari Arab Saudi. Sambil Bayern berharap Mane akan menerima untuk meninggalkan kelab itu dengan serta merta.

Al Ahli adalah kelab yang serius mahukan Sadio Mane. Di mana kelab itu sedia menggabungkan semula Sadio Mane dengan bekas rakan sepasukannya di Liverpool iaitu Roberto Firmino.

Bagi Bayern, mereka mahu mengurangkan beban gaji pemain itu yang mereka tanggung.

Itu juga akan membantu Bayern untuk menampung gaji Harry Kane. Pemain yang sedang menjadi sasaran utama Bayern pada masa ini.

Kane sendiri sudah memberitahu kelabnya bahawa dia benar benar berminat untuk menyertai Bayern Munich.

Spurs sudah menolak 2 bidaan rasmi Bayern untuk Harry Kane setakat ini.

Bayern masih berusaha untuk memujuk Daniel Levy agar menerima tawaran mereka. Bidaan ketiga bakal dilancarkan oleh Bayern.

Jika gagal mendapatkan Kane pada jendela perpindahan kali ini, Bayern sedia memujuk Harry Kane untuk datang ke kelab itu secara percuma pada musim hadapan.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai