Bayern Munich: Dari Klinsmann Hingga Lewandowski, Hanya Élber Menang Segalanya

Selama bertahun-tahun Bayern Munich telah dikurniakan ramai penyerang hebat.

Dari Gerd Muller yang menjadi mesin gol pada tahun 1970an dengan 508 gol, selepas itu hadir pula Karl-Heinz Rummennigge berpasangan dengannya selama 5 musim.

Mereka berada dikedudukan tertinggi dari mana-mana bakat yang ada di Jerman.

ERA MODEN

Generasi muda sekarang lebih mengenali penyerang seperti Robert Lewandowski, Luca Toni dan Mario Gomez. Mereka juga menjaringkan banyak gol dalam dunia sepak moden.

Mario Gomez 2009-2013

Nama Giovane Elber mungkin antara yang paling sukar untuk diingati ketika membincangkan penyerang terbaik pernah dimiliki Bayern Munich.

Dia menjaringkan 150 gol dalam 266 perlawanan bersama kelab itu. Menang 4 kejuaraan Bundesliga dan 1 tofi Liga Juara.

Tidak lupa dia juga mempunyai 3 medal DfB Pokal.

Trofi liga juara benar-benar meletakkan nama Giovane sebaris dengan pemain terbaik Bayern Munich.

GIOVANE ELBER

Ini adalah kisah seorang ‘anak angkat’ kegemaran Bavaria.

Tidak seperti kebanyakan rakannya, Élber tidak memulakan karier profesionalnya di Brazil. Dia terus keluar dari negaranya apabila mendapat peluang pertama.

AC Milan telah diberitahu tentang bakatnya, mereka mengambilnya dari Londrina Esporte Clube (Brazil) pada tahun 1990. Élber pada ketika itu berusia 18 tahun.

Ia menjadi batu loncatan besar dalam karier Élber di eropah.

Dia menghabiskan 1 tahun di Milan, dimana bakat sebenarnya masih belum kelihatan.

Bersama dengan pemenang Ballon d’Or, Marco Van Basten, ia merupakan situasi cukup sukar untuk Élber mendapat tempat.

Ditambah lagi dengan Ruud Gullit, Daniele Massaro dan Marco Simone menjadikan misi mustahil untuk Élber menembusi kesebelasan utama.

Lebih merumitkan keadaan, pada ketika itu pemain bukan eropah dihadkan untuk setiap pasukan. Élber harus berpindah bagi mendapat tempat untuk persiapan masa depan sebagai seorang primavera.

ÉLBER BERMULA DI GRASSHOPPERS SETERUSNYA STUTTGART

Kelab Switzerland, Grasshoppers menawarkannya peluang pertama bermain dalam perlawanan profesional dan Élber memanfaatkannya.

Selama 3 musim disana dia bermain sebanyak 73 perlawanan dan menjaringkan 43 gol. Pada musim terakhir disana dia memenangi Piala Swiss.

Prestasi 3 musim itu dicampur dengan 4 gol di Piala Dunia B-21 (Brazil Naib Juara) sudah cukup untuk menarik minat VfB Stuttgart.

Kelab Jerman itu membayar € 1.6 juta untuk mendapatkan khidmatnya. Sasaran tercapai. Dia menjaringkan 44 gol dalam tempoh 3 musim disana.

Walaupun hanya menjaringkan 8 gol musim di musim pertama namun dia mencetak 16 gol dan 20 gol pada 2 musim berikutnya.

Élber menonjolkan dirinya pada ketika itu, dia antara penyerang yang tidak dipandang -underrrate- di Bundesliga.

Lebih membanggakan dia menjulang VfB Stuttgart memenangi DfB Pokal pada msuim 1996/97 apabila menewaskan Energie Cottbus 2-0.

Élber menjaringkan kedua-dua gol tersebut.

Di Stuttgart dia membentuk persefahaman yang jitu dengan Krasimir Balakov dan Fredi Bobic.

Mereka memikat ramai penyokong di Jerman. Mereka juga dikenali sebagai Magisches Dreieck atau Magic Triangle.

Akhirnya trio ini berpecah, seperti kebanyakan kes di Bundesliga, Bayern Munich adalah penyebabnya.

BAYERN MUNICH DAN LIGA JUARA-JUARA

Bayern sedang mencari seorang penjaring gol konsisten. Mereka meletakkan Élber sebagai sasaran dan tidak teragak-agak membayar € 6.5 juta bagi membawanya ke Bavaria.

Giovane Elber 1997-2003

Pada musim pertama menyaksikan dia menjaringkan 21 gol dalam semua pertandingan. Bayern memenangi DFB Pokal dan ia merupakan koleksi piala ke-3 dalam karier Élber.

Secara ringkasnya Élber bukan lagi seorang penjaring utama kelab kerana Carsten Janker masih menggalas peranan itu.

Dari situ Élber mula meningkat dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik.

Pada musim seterusnya Élber menambah 13 lagi koleksi jaringan. Bayern Munich menjuarai Bundesliga tetapi agak memilukan apabila tewas di perlawanan akhir ketika menentang Manchester United.

Élber tidak bermain kerana mengalami kecederaan lutut.

Walaupun mengekalkan kejuaraan Bundesliga, menang DFB Pokal dan menjadi penjaring terbanyak Bayern Munich -liga- pada musim 1999/00 namun ratio jaringan Élber adalah yang terburuk dalam kariernya.

Élber hanya menjaringkan 19 gol dalam 41 perlawanan berbanding musim sebelumnya 21 gol/37 perlawanan, 21 gol/44 perlawanan dan 20 gol/37 perlawanan.

Kejuaraan Bundesliga adalah sasaran minima bagi kelab seperti Bayern Munich. Penanda aras mereka adalah di pertandingan Liga Juara Eropah.

Perlawanan akhir 1999 dianggap satu tragedi, kekalahan yang disambar ketika sudah berada digengaman.

Bayern gagal memenangi trofi itu sejak 1976. Bilakah mereka akan menang selepas kalah dengan cara begitu?

Mereka tidak perlu menunggu lama. Pada musim 2000/01, Élber bersama rakan sepasukan memadam mimpi buruk tewas kepada Manchester United.

Bayern Munich menang Liga Juara Eropah apabila menewaskan Valencia pada 23 Mei 2001. Mereka mengukuhkan status mereka antara kuasa bola sepak eropah.

Dalam perlawanan akhir itu Élber bukanlah pemain terbaik tetapi dia banyak menyumbang ketika kemaraan kelab ke final.

Dia menjaringkan 6 gol termasuk 2 gol ketika bertemu Real Madrid di separuh akhir.

Disamping itu Bayern Munich juga menang Bundesliga secara dramatik melalui jaringan penyamaan Patrik Anderson pada minit ke-90+4.

Mereka mengenepikan saingan dari Schalke 04 selepas mempunyai kelebihan 1 mata. Jika mata terikat Bayern tidak akan memenangi Bundesliga 2000/01 kerana tidak mempunyai kelebihan jaringan.

  • HSV 1-1 Bayern

Sergej Barbarez 90; Patrik Andersson 94

  • Schalke 5-3 Unterhaching

Nico van Kerckhoven 44, Gerald Asamoah 45, Joerg Boehme 73, 74, Ebbe Sand 89;

Andre Breitenreiter 4, Miroslaw Spizak 27, Jan Seifert 70

Bundesliga 2000/01

Pada musim 2001/02, Élber mancapai merekod 24 gol dalam 47 penampilan. Kempen penuh teakhir di kelab itu dia menjaringkan 21 gol dalam 33 penampilan.

Buat kali pertama dia menjadi penjaring gol terbanyak Bundesliga bersama Christiansen Bochum. Kiraan jaringan dalam semua pertandingan dia merekod 31 gol.

Satu pelaburan yang berbaloi untuk pemain ini.

“Sangat luar biasa, saya berjaya melakukannya selepas 1 dekad di Bundesliga.”

LEAGUE 1 DAN KEMBALI KE BRAZIL

Selepas itu Élber meneruskan kariernya di Perancis kertika berusia 31 tahun. Walaupun dia tidak lagi mencapai tahap tertinggi sebelumnya namun masih sempat memenangi 2 kejuaraan League 1 bersama Lyon.

Élber kembali ke Brazil selepas 16 tahun berada di eropah. Dia menyertai Cruzeiro, tetapi tidak sempat semusim dia mengumumkan persaraan.

Pengumuman secara emosional itu dilakukan setelah kematian ayahnya.

Walaupun statistic tidak menggambarkan Élber seorang yang prolifk tetapi dia memberi kesan besar kepada kelab yang disertainya terutamanya Bayern Munich.

Dia bukan hanya sekadar pencetak gol.

Walaupun majoriti karier pemain kelahiran Brazil ini tidak berada di tanah airnya, permainannya masih mempunyai DNA dari sana.

Élber kekal dengan identity bola sepak Brazil. Bakat, semangat dan kemahiran berada di paras yang sama.

Satu matlamat yang gagal diraih oleh pemain ini adalah pencapaian di peringkat antarabangsa. Dia hanya meraih 15 penampilan dan hanya sempat menyumbang 7 gol.

Ia adalah kisah yang sama dialami dengan seorang penyerang Brazil yang hebat pada ketika itu, Marcio Amoroso.

Pada ketika itu Brazil dianugerahkan bakat terbaik dunia seperti Ronaldo, Rivaldo dan Ronaldinho.

ÉLBER MENANG SEGALANYA DI BAYERN MUNICH

Bagaimanapun, di Bayern Munich dia telah memperolehi segala-galanya yang mungkin tidak dapat dicapai oleh penyerang lain.

Bermula dari Jurgen Klinsmann, Carsten Jancker, seterusnya Élber, Roy Makaay, Luca Toni, Mario Gomez, Mario Mandzukic dan kini Robert Lewandowski…

Robert Lewandowski 2014-kini

…Elber yang memiliki trofi Bundesliga, DfB Pokal dan Liga Juara Eropah.

Lewandowski memiliki 6 kejuaraan Bundesliga, 2 DfB Pokal tetapi tidak memiliki trofi Liga Juara.

Sementara itu Elber mempunyai 4 gelaran Bundesliga, 3 DfB Pokal dan 1 Liga Juara ketika bergelar penyerang utama Bayern Munich.

Mario Gomez dan Mario Mandzukic juga mempunyai ketiga-ketiga kejuaraan itu tetapi tidak sebanyak Elber.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi