Beckham: “Saya Hampir Nak Tumbuk Ferguson Masa Tu”

David Beckham telah mendedahkan dia terpaksa ditahan dan ditarik oleh rakannya daripada menumbuk Sir Alex Ferguson semasa pertikaian mereka yang terkenal pada 2003 selepas pengurus legenda Scotland itu menendang but kepada bekas kapten England.

Ketegangan meningkat antara pasangan itu selepas perlawanan pusingan kelima Piala FA Man United menentang Arsenal pada kempen 2002-03 – yang mereka tewas 2-0 – dengan Ferguson mengetuai sesi post mortem yang panas di bilik persalinan.

Beckham teringat melihat bosnya yang ‘berang’ dan mendedahkan Fergie mencarutinya dan menuduh dia malas bertahan. Membuatkan Beckham mencarut balik. Itu yang membuatkan Ferguson marah dan menyepak segala objek depan matanya termasuk but.

Salah satu but itu hinggap di muka Beckham, dengan pemain tengah itu kemudiannya dilihat mengalami kecederaan mata semasa latihan.

“Kami berjalan di bilik persalinan dan bos marah marah. Saya dapat melihatnya melalui wajahnya,” kata Beckham.

“Wajah tu cuma dia je ada,” kata Beckham ketika dia diminta memberikan contoh.

“Dan apabila anda melihat muka bos seperti ini, anda tidak mahu berada di dekatnya. Ia adalah wajah yang tiada siapa boleh lakukan, percayalah pada saya.’

Selepas itu Ferguson secara terbuka mengutuk Beckham yang tidak merantai lawannya dengan larian track back. Beckham membantah: “Saya menjawab kembali kepada bos dan berkata “tidak” dan kemudian saya mencarutinya.”

“Saya sebut perkataan f. Dan kemudian saya melihat dia berubah, dan saya seperti, “s***, saya tidak sepatutnya berkata begitu’. Dan Saya rasa saya menyebut perkataan f terlalu banyak kali.’

Dia kemudian melepaskan reaksi marahnya terhadap but yang terbang terkena Bekcham, sambil Bekcham menambah: “Saya nak meluru pergi kepadanya – seseorang terpaksa menahan saya.’

Bekas penyerang United Ole Gunnar Solskjaer juga telah mendedahkan bahawa kasut yang telah disepak ke arah muka.

“Saya duduk di situ dan melihat sahaja kasut saya terbang,” kata Ole.

Itu telah menjadi titik tolak kepada penjualan David Beckham pada masa itu. Di mana ketika itu pengurus itu berkata: “Saya tak ada apa lagi nak cakap pasal David. Kami sedang menjualnya.”

Namun hubungan mereka kembali jernih beberapa tahun kemudian sehingga sekarang.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai