Bekas ‘Next Messi’ Ini Gagal Dapat Kontrak Dengan Cara Menyedihkan

Masih ingat dengan Alen Halilovic? Seorang lagi ‘Next Messi’ selepas Bojan Krkic. Dan dia turut terkena sumpahan next Messi.

Pada 2 Mei 2014, Barcelona secara rasmi mengumumkan menandatangani bakat terhangat dalam bola sepak dunia. Dengan rambut ala Puyol berwarna perang dengan senyuman berseri-seri.

Seorang remaja berusia 17 tahun yang sedang menjalani impiannya di dunia nyata. Alen Halilovic, juga dirujuk sebagai ‘Messi Balkan’, telah bersedia untuk menggantikan Messi pada suatu hari nanti.

Halilovic memulakan kariernya dengan Dinamo Zagreb dan sejak kecil lagi dia telah disifatkan sebagai seorang yang hebat dan berbakat.

Di sinilah dia mula dibandingkan dengan Messi selain daripada wira negaranya, Luka Modric, yang merupakan kisah kejayaan terbesar pasukan Croatia.

Sama seperti Modric dari segi perawakan dan rupa. kerjaya Halilovic bermula dengan sangat baik.

Dia akan membuat penampilan sulungnya untuk gergasi Catalan itu pada Januari 2015, apabila dia menggantikan Adama Traore semasa kemenangan 4-0 ke atas Elche dalam Copa del Rey.

Selepas itu, ramai menjangkakan akan lebih banyak perlawanan menantinya di hadapan. Malangnya, itulah satu-satunya penampilan kompetitifnya untuk Barcelona.

Campur tangan ayahnya

Bapa Halilovic, Sejad, adalah seorang pemain bola sepak profesional dan sangat aktif campur tangan dalam kerjaya anaknya.

Dia kemudian telah berselisih faham dengan pengurusan Barcelona. Kerana dia mendesak anaknya agar diberikan lebih banyak aksi utama.

Tindakan si ayahnya dianggap antara sebab kenapa karier Halilovic terganggu di peringkat pembanguna,

Lovre Nikolac dari Crotia Footy memberitahu Tielhurst End: “Di Barca semuanya menjadi serba tak kena bua Halilovic kerana bapanya mengganggu kerjayanya.”

“Dia mengupahnya seorang jurulatih bola sepak peribadi yang tidak sesuai dengan Barcelona di beberapa kelab lain selepas itu. Bapanya cukup lantang mengatakan bahawa anaknya mempunyai bakat bermain untuk pasukan utama.”

Kekurangan peluang menyaksikan Halilovic berpindah ke Sporting Gijon secara pinjaman, sesuatu yang dibantah bapanya pada mulanya. Sedangkan ianya sebahagian daripada usaha Barca memajukan bakat pemain itu.

Dia pula mahu pemain itu terus berseragam Barcelona bermain dalam pasukan utama.

Dia percaya anaknya boleh masuk ke dalam pasukan Barcelona dan jika tidak diberi peluang, dia boleh mencipta nama di kelab terkemuka Eropah lain. Dia mulai mengancam akan mencari kelab lain untuk anaknya.

Perlu diingat pada masa itu, Barcelona baru sahaja memenangi Liga Juara-Juara Eropah dengan Sergio Busquets, Andres Iniesta dan Xavi yang bermain di tengah.

Ayahnya sangat tak gemar dengan perpindahan secara pinjaman ke Gijon yang baru sahaja dinaikkan pangkat dari La Liga Segunda dan menjadi salah satu pasukan yang dianggap calon pasukan yang akan terus tersingkir pada musim pertama mereka di La Liga selepas naik.

Halilovic beraksi di Gijon seperti dikehendaki Barca. Dan itulah yang menjadi detik terbaik dalam kariernya, dengan Halilovic menjaringkan lima gol untuk membantu Gijon bertahan.

Itu adalah musim terbaik secara peribadi Halilovic dari segi jaringan gol di luar Croatia. Ia menarik perhatian beberapa kelab dan Halilovic kelihatan bersedia untuk menyertai Valencia.

Barcelona semakin menyampah dengan ayah Halilovic. Di mana pengurusan mulai tidak selesa dengan sikap ayah Halilovic yang menurut mereka tidak akan membantu pembangunan anaknya.

Akhirnya, Barca menyenaraikan pemain itu untuk dijual. Ayahnya menyatakan bahawa, dia akan membuktikan kepada Barca bahawa anaknya akan menjadi bintang besar di tempat lain yang menjanjikan tempat automatik dalam kesebelasan utama.

Ayah nak pau Valencia

Sejad sekali lagi campur tangan dan terlibat sekali lagi dan menuntut komisen 50 peratus ke atas perpindahan itu, sesuatu yang Valencia enggan meneruskan rundingan.

Hamburg akhirnya berjaya mendapatkan Halilovic, tetapi mempunyai klausa pembelian balik dimasukkan ke dalam kontraknya.

Status Halilovic sebagai wonderkid masih kekal dan pengurus Bruno Labbadia mahu menjadikannya titik fokal pasukannya. Kerana dia menganggap Halilovic sebagai pemain yang cerdas.

Ia bermula dengan menjanjikan sesuatu. Di mana Halilovic menjaringkan gol pada penampilan sulungnya, tetapi keretakan mula kelihatan. Labbadia dipecat selepas permulaan kempen yang suram dan semua rancangan dibatalkan dalam usaha mengelak penyingkiran daripada Bundesliga.

Markus Gisdol membawa gaya permainan yang lebih bertahan dan mengorbankan projek berasaskan Halilovic, yang membuat tujuh penampilan sebelum memutuskan untuk menerima perpindahan secara pinjaman selama 18 bulan kembali ke Sepanyol dengan Las Palmas dengan ada opsyen pembelian tetap.

Adakah dia akan berjaya di sana?

Halilovic dibuang padang dalam perlawanan pertama musim 17/18 – itu menggambarkan petanda bahawa satu lagi tragedi dalam kariernya bakal menyusul.

Lebih malang dia kemudian mengalami kecederaan lutut melandanya. Kecederaan yang akan menghantuinya sepanjang karier selepas ini.

Pada ketika ini, Halilovic kemudian terus terdesak untuk mendapatkan minit yang konsisten agar dapat bermain dalam pasukan kebangsaan.

Dia mengaku kepada AS pada 2017: “Saya suka gaya bola sepak yang mereka mainkan di sini – pasukan yang suka bermain dengan banyak penguasaan bola boleh bekerja dengan baik untuk saya. Saya tidak kisah di mana saya bermain – di posisi lebih ke tengah – ke hadapan atau di posisi jauh di sayap.”

“Saya bermain di bahagian sayap di Hamburg dan melalui bahagian tengah di Barca; Saya berasa selesa di kedua-dua posisi. Saya hanya suka bermain bola sepak dan saya akan bermain di mana sahaja jurulatih mahu saya.”

Yang menghairankan, AC Milan seterusnya mendapatkan Halilovic dengan perpindahan percuma pada 2018.

Milan mungkin cuba ‘membeli’ tag label wonderkid Messi Balkan yang diberikan kepada Halilovic satu ketika dahulu.

Namun malangnya di Milan dia tak pernah bermain langsung dalam aksi kompetitif.

Dari situ, dia mengalami tempoh pinjaman yang mengecewakan dengan Standard Liege dan Heerenveen.

Milan menamatkan kontraknya pada 2020 dan pada saat itu, Halilovic telah menjadi nomad dalam kariernya.

Ke England

Dunia kemudian dilanda wabak pandemik. Membuatkan dia semakin sukar memilih pasukan. Semakin banyak kelab selesa beroperasi dengan skuad yang kecil. Dia akhirnya berjaya mendapatkan kontrak dengan Birmingham City untuk semusim sahaja.

Sekali lagi dia bermasalah dengan taktikal konservatif. Dia hanya menjaringkan 1 gol daripada 17 penampilan.

Ini bukanlah pengakhiran kariernya di England yang suram. Dia kemudian menyertai Reading. Kisah dia hampir sama. Menjaringkan hanya 1 gol daripada 11 penampilan.

Namun Halilovic bukan pilihan pengurus Paul Ince. Sebelum meninggalkan Rading, dia kemudian menyindir pengurusnya menerusi hantaran di Twitter menyatakan bahawa dia tidak cedera, tetapi pengurus yang tidak mahu menurunkannya.

Kembali ke Crotia

Pada 6 Julai 2022, Halilovic rasminya kembali ke Croatia menyertai Rijeka.

Dia baru berusia 26 tahun namun kelihatan kariernya sudah terlalu panjang. Rijeka bukanlah pasukan yang teruk di Crotia. Mereka menjadi juara Croatia pada 2017 dan pernah menewaskan AC Milan di Europa League pada akhir tahun 2017.

Dia terus gagal menunaikan impiannya ke Piala Dunia setakat ini.

Di’reject’ dengan cara menyedihkan

Selepas karier yang terus suram, Halilovic berdepan dengan 1 lagi detik untuk dilupakan.

Di mana pada jendela perpindahan Januari, Messi Balkan itu berunding untuk menyertai kelab Greece, Thessanoliki.

Dan pemain itu dilaporkan gagal dalam ujian medikal kerana kondisi fizikalnya yang tidak bagus.

Alen kemudian menafikan perkara itu. Dia malah menceritakan detik yang sangat menyedihkan dan memalukan.

Di mana dia sudah tiba di Greece untuk berunding. Malangnya, kontrak tidak dapat dimeterai. Lebih menyakitkan dia telah menamatkan kontraknya dengan kelabnya sebelum ini. Akibatnya, kini dia menjadi penganggur kerana mempercayai janji presiden kelab Greece itu.

Menurut Alen kelab tersebut telah cuba menukar butiran kontrak yang mereka sudah persetujui pada awalnya.

Rundingan menjadi tidak menentu kerana presiden kelab tidak mahu datang ke meja rundingan. Membiarkan dia dan ejennya terkapai kapai tidak jelas apa yang akan berlaku.

“Presiden kelab malah tidak datang pada hari rundingan walaupun dia yang menjemput saya datang ke sana,” kata Alen yang hampa.

“Saya sebelum ini malah sanggup menamatkan kontrak saya dengan kelab terdahulu semata mata mahu datang ke sini, dan mempercayai dia [presiden] kelab.”

“Ini menunjukkan mereka main main dalam perkara ini, semoga kebenaran akan muncul jua nanti,” jelas Alen.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi