Bellamy Akui Silap Pilih Kawan Dan Penasihat Kewangan Punca Dia Muflis

Bekas bintang Newcastle, Man City, Liverpool dan Wales, Craig Bellamy mendedahkan bahawa dia kini sudah kehilangan kesemua harta yang dia kumpulkan ketika bergelar pemain Liga Perdana Inggeris.

Bellamy dianggap antara pemain terbaik pada generasinya. Menjadi pemain yang terkenal dengan sifat nakalnya namun kualitinya di atas padang memang luar biasa.

Namun kini dia hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Kerana dia tidak boleh berharap dengan harta dan aset yang dia simpan selama ini.

Craig Bellamy seorang dermawan. Banyak membantu orang susah. Termasuk membantu membina sekolah di Sierra Leone, membantu membayar pengkebumian orang yang dia tak kenali di Cardif. Membantu sekolah di Favela di Brazil.

Namun sebenarnya, masalah utama kepada kehilangan kesemua hartanya adalah kerana bayarang penceraiannya, kemudian dikhianati oleh sahabat yang dia anggap blood brothers.

Selain itu, pengurus kewangan dia turut menipunya dan mengambil kesempatan ke atasnya. Kerana dia terlalu percayakan mereka.

Kini dia kehilangan rumah warisan keluarganya di Sant-Y-Nyll, rumah di St Brides-super-Ely. Kini dia berhutang cukai yang masih belum dibayar sebanyak £1,398,071.20 kepada pemerintah UK.

Namanya dibawa ke Jabatan Insolvensi pada 27 Mac dan diisytihar muflis. Ianya selepas dia mengakui bahawa dia bertarung hidup dan mati untuk mengelak daripada muflis.

Bellamy pada masa ini tinggai di sebuah rumah flat yang Utara Manchester. Dia bukan pemilik rumah itu, sebaliknya dia menyewa daripada bekas kapten Man City dan pengurus Burnley ketika ini, Vincent Kompany.

Bellamy sudah tidak ada sebarang aset, tiada rumah tiada kereta. Dan dia tidak boleh memiliki kereta atas namanya sekalipun kerana dia sudah muflis.

Bellamy berharap apa yang menimpanya akan menjadi pengajaran kepada pemain pemain bola sepak generasi baharu.

Bellamy berkata: “Hidup saya ketika ini tergantung. Saya bukan seorang pengelak cukai, tetapi saya sangat naif dan HMRC telah mengejar saya kerana cukai yang saya tak bayar.”

“Semua yang saya miliki kini sudah dirampas dari saya. Jika kamu percayakan orang yang salah menjadi penasihat kamu, ianya akan menjadi barah. Kamu ditipu.”

“Saya sampai ke satu tahap di mana kadangkala saya memikirkan muflis mungkin penyelesaian terakhir agar saya boleh hidup lagi.”

“Saya tahu, ada orang menuduh saya mungkin telah membelanjakan wang itu dengan boros, minum arak, berjudi atau dadah. Saya cuma boleh berdiam diri jika kamu tak mahu mendengar penjelasa saya. Namun saya bukan ‘tumbang’ kerana pub.”

“Dan sejak dari kecil saya tak pernah sentuh barang terlarang. Saya tak pernah berjudi dan saya bukan kaki judi. Ianya tidak masuk akal untuk saya. Satu satunya perjudian yang saya buat adalah memperjudikan hidup saya kepada mereka yang salah.”

Harta Bellamy telah dilaburkan pada beberapa pelaburan yang gagal. Ini termasuk projek pembinaan di Jalan Cefn Coed di Cardiff, pembinaan restauran steak dan bar di Penarth Marina yang digelar Pier 64. Dan beberapa lagi pelaburan yang gagal. Di mana mereka ini memang mensasarkan pemain pemain bola sepak dan bekas pemain EPL, serta selebriti untuk terlibat dalam pelaburan itu.

Kini dia menjadi buruan kerajaan UK dan juga pihak istana kerana cukai.

Salah seorang daripada penasihat kewangan Bellamy disiasat polis kerana disyaki terlibat dalam penipuan ke atas Bellamy. Di mana lelaki itu disyaki memalsukan tandatangan Bellamy untuk meminjam wang dari bank. Meletakkan Bellamy dalam keadaan terus ditimbun oleh hutang.

Bellamy bagaimanapun menyatakan bahawa dia terus cekal menjalani kehidupannya walaupun bukan sebagai orang kaya lagi. Dia percaya pasti akan sentiasa ada sinar harapan.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah