Mendapat penyewa yang bersih merupakan impian setiap tuan rumah. Namun harus diakui ramai juga tuan tanah mengeksploitasi penyewa mereka dengan banyak cara untuk mengambil kesempatan.
Ini kerana mereka mahu wang deposit ataupun nak menghalau penyewa.
Seorang penyewa telah memuat naik video di mana dia bertanya kepada netizen, adakah rumah flat tempat dia menyewa tidak cukup bersih?
Ini selepas tuan rumahnya telah menuduh penyewa tersebut tidak cukup bersih.
Penyewaw itu berkata: “Saya benci tuan rumah ni. Korang tengoklah ni, ketika ini saya berpura-pura berpura-pura merasakan flat kami benar-benar kotor.”
Klip tersebut menunjukkan tuan rumah melakukan pemeriksaan di flat dan berjalan di sekitar rumahnya. Dan apa yang netizen nampak adalah dapur kelihatan seperti dapur yang kemas dan bersih.
Mereka menyatakan bahawa, kalau dapur pun bersih macam tu, tidak hairanlah tempat lain lagi bersih. Lebih lebih lagi tuan rumah difahamkan melakukan pemeriksaan mengejut.
Dalam video tersebut, tuan rumah bertanya kepada Hani, “Kau ambillah beberapa gambar benda kotor,” katanya menyindir Hani seolah olah penyewa itu hanya merakam tempat bersih sahaja.f
Hani menjawab dari belakang kamera, “Ya, saya hanya membuat video, nanti bila awak periksa, saya akan zoom la..”
Tuan rumah kemudian menunjuk permukaan dan almari yang bersih dan berkata: “Semua permukaan ini harus bersih dan tingkap almari ni pun sama.”
Dalam video lain, Hani turut menunjukkan video bilik mandi dan tandasnya yang bersih.
Hani memberitahu: “Semuanya bersih dan dalam keadaan sempurna! Kemudian dia berani mengatakan bahawa dia perlu memotong bayaran untuk tempat yang tidak bersih!”
Hani mendedahkan bahawa bulan lalu, tuan rumah tersebut memuji kebersihan flat tersebut dan bertanya kalau Hani mahu terus menyambung kontrak lagi.
Malangnya, dia telah kelihatan berusaha menghalau Hani daripada rumah itu.
i hate landlords. please watch as mine pretends our absolutely spotless flat is filthy. pic.twitter.com/C74jJmYEj3
— hani (@voteforhani) August 26, 2021
Hani berkata: “Tetapi bulan lalu dia bertanya, boleh tak kami melanjutkan lagi kontrak kami kerana dia tidak rasa dia akan mencari penyewa untuk menjaga rumahnya rapi seperti kami.”
Video tersebut membuatkan ramai keliru, kenapa tuan rumah itu bertindak demikian. Salah seorang tuan rumah menyatakan bahawa tuan rumah dalam video itu jenis tak sedar dek untung. Kerana ramai tuan rumah menjadi mangsa kepada penyewa ‘dari neraka’.
Seorang pengguna berkata, “Sebagai tuan rumah, bukan bermaksud saya turut ‘menyewa’ [istilah melanggan orang] penyewa saya. Maksud saya adalah untuk menjana wang ya, tetapi saya sebenarnya harus menghormati privasi anda dan melihat mereka sebagai manusia.”
everything is immaculate and in full working order! and she had the nerve to say she needs to deduct fees for the place not being clean! who do i write to?! pic.twitter.com/y9QVJkaBL1
— hani (@voteforhani) August 26, 2021
“Dan saya tidak menaikkan sewa untuk sesuka hati. Cuma sekali saya terpaksa buat kerana keadaan mendesak.”
Yang lain menulis, “Kami pernah menyewakan flat kami kepada penyewa. Mereka tinggalkannya dalam keadaan kotor, dan kami terpaksa habiskan masa berjam-jam membersihkannya dan kemudian terpaksa membayar tukang bersih rumah profesional.”
Sementara yang lain menulis: “Ini taktik biasa nak mengenakan bayaran lebih atas alasan nak bayar tukang bersih rumah profesional. Kemudian mereka akan membuat invois syarikat palsu. Kenakan caj mahal, potong dari wang deposit kemudian upah orang orang sendiri pergi besihkan rumah.”
Ramai yang mencadangkan wanita itu keluar sahaja mencari rumah sewa yang baru. Kerana dia adalah impian ramai tuan rumah yang lain untuk dijadikan penyewa.
Penyewa dari neraka
Minggu lalu, Ladbibles melaporkan bahawa seorang tuan rumah menangis tak berlagu selepas rumahnya ditinggalkan penyewa dalam keaaan sangat teruk.
Rumah tersebut disewa beberapa penyewa dan mereka melarikan diri daripada rumah tersebut, meninggalkan rumah dalam keadaan seperti loji sampah.
Tidak pasti sama ada mereka memang tinggal dalam keadaan kotor ataupun senjaga mengangkut sampah dari luar dan dimuatkan ke dalam rumah itu untuk mensabotaj tuan rumah.
Penyewa keluar awal daripada kontrak sepatutnya. Awalnya tuan rumah menganggap itu rezeki dia kerana penyewa keluar awal, boleh la masukkan penyewa lain.
Sekali ianya berakhir dengan tragedi. Sampah sampah berlonggok di dalam rumah. Tikus banyak sekali di dalamnya. Bau sampah di seluruh rumah.
Tuan rumah itu hanya mampu menyatakan dia masih bersyukur kerana dia masih mampu mengembalikan rumah itu bersih seperti sedia kala.
Tuan rumah terpaksa mengupah pekerja profesional untuk membersihkannya.