Berita Baik Untuk ‘Fans’ Portugal, Ronaldo Ikrar Ketuai Portugal Dalam Euro 2024

Cristiano Ronaldo telah bertekad dan berazam untuk terus mengetuai pasukan Portugal sekurang-kurangnya pada Euro 2024.

Ronaldo dan Portugal tersingkir dari Piala Dunia di peringkat suku akhir selepas tewas 1-0 kepada Maghribi, dan pemain berusia 37 tahun itu mengalirkan air mata ketika dia menuruni terowong selepas wisel penamat.

Nampaknya mungkin kali terakhir peminat dapat melihat pemenang Ballon d’Or lima kali itu di pentas antarabangsa, tetapi Ronaldo tidak berniat untuk menjadikannya sebagai aksi terakhirnya.

Dia malah sudah sedia menjadi ketua pasukan negaranya sekali lagi dalam aksi Euro 2024, di mana ketika itu dia sudah berusia 39 tahun. Sekaligus menolak sebarang spekulasi persaraannya.

Dia mahu terus bermain untuk negaranya dan sudah pun meletakkan sasarannya pada kejohanan antarabangsa seterusnya – Euro 2024 di Jerman – seperti yang dilaporkan oleh CM Journal.

Ronaldo kehilangan tempatnya dalam kesebelasan utama Portugal untuk dua perlawanan terakhir pasukannya di Qatar, tetapi dia percaya dia boleh menjadi ketua pasukan pada Euro seterusnya.

Keyakinan itu timbul kerana selepas ini Portugal akan dikendalikan pengurus baharu, bukannya Fernando Santos lagi.

Santos telah membimbing pasukan kebangsaan sejak 2014 dan membawa mereka ke kegemilangan di Euro 2016, tetapi telah melepaskan jawatannya selepas penyingkiran Portugal di Qatar.

Dia menegaskan bahawa dia masih mempunyai ‘hubungan rapat’ dengan Ronaldo walaupun selepas menggugurkan bintang itu, tetapi nampaknya dia telah hilang sabar dengan sikap Ronaldo pada pertengahan kejohanan.

Di mana Ronaldo menunjukkan reaksi tidak sepatutnya ketika dikeluarkan dalam aksi menentang Korea Selatan. Ramai yang beranggapan bahawa Fernando Santos tidak lagi menjadikan Ronaldo pemain utama dalam kesebelasan utamanya.

Tindakan itu dibidas oleh pasangan Ronaldo, Georgina Rodriguez yang menganggap Santos membuat kesilapan kerana tak menurunkan pemain terbaik dunia dalam kesebelasan utamanya.

Pasangan hidup Ronaldo itu turut melabel Santos seolah olah mengkhianati persahabatannya dengan Ronaldo selepas banyak pengorbanan Ronaldo kepada Santos.

Ronaldo sudah berkali kali menyatakan sebelum ini bahawa dia akan mahu meneruskan kariernya di peringkat antarabangsa. Malah dia yakin bahawa dia masih boleh beraksi di tahap tertinggi sehingga usianya 40 tahun sekalipun.

Ronaldo menganggap ianya adalah sudah menjadi tanggungjawab untuknya agar terus bersama pasukan dan rakan rakan sepasukannya ketika negaranya sedang berduka meratapi kegagalan pada Piala Dunia 2022, walaupun mereka diletakkan sebagai pasukan pilihan.

Sebelum ini dia sudah meluahkan di Instagram miliknya tentang apa yang berlaku di Qatar 2022.

Dia menulis di Instagram denga mesej jelas: “Saya tidak akan membelakangkan rakan sekerja saya dan negara saya.”

Catatan penuh Instagramnya berbunyi: ‘Memenangi Piala Dunia untuk Portugal adalah impian terbesar dan paling bercita-cita tinggi dalam karier saya.”

“Nasib baik saya memenangi banyak gelaran berdimensi antarabangsa, termasuk dengan Portugal, tetapi meletakkan nama negara kita di paras tertinggi di Dunia adalah impian terbesar saya.”

“Saya berjuang untuk itu. Saya berjuang keras untuk impian ini. Dalam lima penampilan yang saya menjaringkan gol dalam Piala Dunia selama 16 tahun, sentiasa di sisi pemain hebat dan disokong oleh berjuta-juta rakyat Portugis, saya memberikan yang terbaik.”

“Tinggalkan semuanya di padang. Saya tidak pernah berpaling wajah kepada perjuangan dan saya tidak pernah berputus asa dengan impian itu.”

“Sedihnya semalam (Sabtu) impian itu berakhir. Ia tidak berbaloi untuk bertindak balas dalam keadaan masih panas.”

“Saya hanya mahu anda semua tahu bahawa banyak yang telah diperkatakan, banyak yang telah ditulis, banyak yang telah dibuat spekulasi, tetapi dedikasi saya kepada Portugal tidak berubah walaupun sesaat.”

“Saya sentiasa berjuang untuk objektif semua dan saya tidak akan membelakangkan rakan sekerja dan negara saya.”

“Tidak banyak lagi yang perlu diperkatakan buat masa ini. Terima kasih Portugal. Terima kasih Qatar. Mimpi itu indah semasa ia berlangsung… Kini, ia berharap masa akan menjadi pengajaran yang baik dan membolehkan setiap orang membuat kesimpulan sendiri.”

Sekiranya dia berjaya beraksi di Euro 2024, ia akan menjadi Kejohanan Eropah keenamnya, 20 tahun selepas pertamanya apabila dia mengumumkan dirinya di pentas antarabangsa dengan membantu Portugal mara ke final sebelum ditewaskan oleh Greece.

Baca yang lain