Bermula Dan Berakhir Di Stuttgart, Karier Mario Gomez Tak Pernah Sunyi

Mario Gomez menjaringkan gol dalam penampilan terakhirnya bersama Vf Stuttgart ketika pasukannya mendapat promosi ke Bundesliga.

Bagaimana kita melihatnya mengenai karier gemilangnya.

Pemain berusia 34 ini memulakan jaringan dengan kelab remaja Stuttgart. Jaringan terakhirnya juga bersama pasukan itu.

Dia meraih banyak kejayaan bersama Bayern Munich dan dia juga mempunyai 2 musim kritikal bersama VfL Wolfburg yang berjuang di zon penyingkiran.

  • 2016/17: tempat ke-16
  • 2017/18: tempat ke-16

Tidak ada tempoh yang membosankan bagi pemain antarabangsa Jerman –78 apps– ini termasuk di Itali dan Turki.

Dia bersara dari pentas antarabangsa pada 2018. Berikut kronologi karier Gomez yang tidak pernah sunyi.

  1. ASAL SEPANYOL, KIBLAT BRAZIL

Melihat kepada namanya ‘Gomez’ ia sudah jelas dia mempunyai keturunanan Sepanyol. Ayahnya Jose Gomez Garcia berasal dari kampung kecil Albunan, berhampiran Granada.

Sementara ibunya pula, Christel Roth berasal dari Jerman.

Mario berminat dengan bola sepak melalui ayahnya. Dia mempunyai kenangan bersama sepupu dan bapa saudaranya berkumpul menonton El Clasico di kaca televisyen.

“Keluarga saya merupakan peminat Real Madrid. Saya memutuskan untuk menyokong Barcelona. Saya suka melihat pemain Brazil seperti Ronadinho dan Rivaldo.”

“Pemain kegemaran sepanjang masa saya adalah Romario. Saya mengagumi cara dia memecah masuk kedalam kotak penalti dan mencipta ruang untuk dirinya sendiri.”

  1. PEMAIN REMAJA STUTTGART

Gomez dilahirkan berhampiran Riedlingen, dia menolak untuk menyertai kelab tempatan Stuttgart pada usia 13 tahun kerana terlalu awal untuk berjauhan dengan rumah.

Bagaimanapun dia akhirnya menyertai kelab itu pada usia 16 tahun dan pada umur 18 tahun dia sudah menentang Frank Lampard dan Marcel Desailly di Liga Juara-Juara.

Peluang bermain bersama skuad senior datang ketika Giovanni Trapattoni menjadi pengurus pasukan itu. Trapattoni hanya menggalas jawatan itu selama 8 bulan disana.

Gomez muncul menjadi penjaring hebat, membantu kelabnya memenangi gelaran ke-5 Bundesliga musim 2006/07.

Dia juga dinobatkan pemain terbaik tahunan selepas musim berakhir.

“Saya terkejut. Sejujurnya, yang paling penting adalah Stuttgart, selepas bertahun-tahun berada di tempat ke=5 atau ke-6 dan saya sebahagian dari kejayaan itu.”

“Anugerah? Saya meletak perkara itu kepada orang lain menilai. Saya berasa seperti saya akhirnya berjaya menjadi pemain bola sepak profesional.”

  1. DIKUTUK DI PIALA EROPAH 2008

Selepas mencetak 28 gol dalam semua pertandingan bersama Stuttgart pada musim berikutnya, Gomez diserap ke dalam skuad antarabangsa Jerman bagi menghadapi Piala Eropah 2008.

Pada ketika itu dia berusia 23 tahun namun semuanya tidak berjalan seperti diharapkan.

Pada perlawanan pembukaan menentang Poland di Klagenfurt, Gomez gagal menjaringkan gol ketika dia berada dalam kotak 6 ela.

selepas itu dia sekali gagal menyempurnakan peluang pada jarak 3 meter ketika bertemu Austria.

Jerman mara ke pusingan suku akhir namun Gomez tidak lagi disenaraikan dalam kesebelasan utama seperti 3 perlawanan peringkat kumpulan.

Selepas itu Gomez tidak lagi diturunkan dan hanya dimasukkan pada lewat permainan ketika kekalahan Jerman di tangan Sepanyol pada perlawanan akhir.

“Anda bermain buat kali pertama di sebuah kejohanan untuk Jerman, selepas 4 minit muncul peluang keemasan dan anda terlepas.” kata Gomez selepas perlawanan menentang Poland

Jerman menang pada pertemuan itu 2-0 hasil jaringan dari Lukas Podolski.

“Selepas kejadian itu saya bertanya berulang kali kepada diri saya, mengapa bola itu tersasar terlalu jauh. Saya yakin jika bola itu masuk seluruh eropah akan melihat saya dari sudut yang berbeza.

  1. MENYERTAI GERGASI JERMAN- BAYERN MUNICH

Walaupun Gomez terlepas peluang menjadi bintang di Piala Eropah 2008, namun dia memperoleh perpindahan berprofil tinggi ke Bayern pada musim 2019.

Perpindahan bernilai €30 juta menjadi rekod bagi Bundesliga ketika itu. Dia memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan Bayern Munich.

Gomez hanya menyumbang 10 gol pada musim pertama disana. Selepas dia mengalami kecederaan, Miroslav Klose dan Ivica Olic merampas tempatnya.

Pada perlawanan ke-8 musim 2010/11, Gomez mencetak hatrik ketika menewaskan Hannover 96. Dia tidak lagi menoleh kebelakang dan menjadi penjaring terbanyak Bundesliga melalui 28 jaringannya.

Dalam tempoh 7 bulan dia telah berubah dari pemain yang disisihkan kepada pemain yang berada di tangga pertama dalam senarai pengurus Bayern, Louis Van Gaal.

  • 2009/10: 45 penampilan, 14 gol
  • 2010/11: 45 penampilan, 39 gol
  • 2011/12: 52 penampilan, 41 gol
  • 2012/13: 32 penampilan, 19 gol

“Ini merupakan salah satu kejayaan terbesar dalam karier saya.”

“Saya benar-benar mengubah fikiran Van Gaal mengenai saya sebagai pemain. Lebih penting ketika saya berada dalam situasi sukar dan saya belajar bagaimana mengatasinya.”

  1. DETIK HITAM DAN PUTIH DI LIGA JUARA-JUARA

Gomez membawa momentum cemerlangnya ke 2011/12 ketika Bayern berusaha merampas kejuaraan Bundesliga dari Borussia Dortmund.

Walaupun Gomez berjaya mencetak 26 gol tetapi mereka masih menamatkan kempen di tangga ke-2. Sekali mereka perlu berpuashati di belakang Borussia Dortmund.

Bayern juga tewas kepada Dormund pada final Piala DFB Pokal.

Melengkapkan trauma musim itu mereka juga tewas di final Liga Juara-Juara di tangan Chelsea di gelanggang mereka sendiri.

“Kami berada di Munich, di hadapan peminat kami sendiri.” keluh Gomez

“Permainan milik kami, kami menguasai hampir seluruh permainan tetapi kami tewas melalui penentuan sepakan penalti 4-3.”

“Ia kekal menjadi hari paling menyedihkan dalam karier saya. Selepas melakukan segalanya, kami tidak menjulang trofi itu.”

  1. MENCARI CABARAN BARU

Gomez dan rakan sepasukan bertekad untuk bangkit dari kekalahan final Liga Juara-Juara di Allianz Arena dan mahu membuktikan Bayern tidak hanya pasukan terbaik di Jerman, malah di Eropah.

Gomez hanya mula bermain pada November selepas menjalani pembedahan kaki pada awal musim.

Ketika itu Bayern telah membawa masuk Mario Mandzukic dan ia menjadi semakin mencabar buat Gomez mendapat tempat.

Gomez hanya bermain tampil 9 kali dalam kesebelasan utama sepanjang musim dalam kempen liga, bagaimanapun dia masih sempat mengumpul 19 jaringan dalam semua pertandingan.

Apa yang penting dia menjaringkan 2 gol pada final DFB Pokal untuk melengkapkan gelaran treble selepas menang Bundesliga dan Liga Juara-Juara.

Ia merupakan penampilan terakhirnya bersama Bayern dimana dia merekod 113 gol selepas 4 musim disana.

Gomez mengaku karier di Bayern tidak mudah kerana ia merupakan kelab besar dan dipenuhi dengan pemain-pemain terbaik dunia.

“Ianya amat sukar jika berada di kelab seperti Bayern. Anda mesti berada dalam 100% setiap hari dan harapan terhadap pasukan selalu tinggi.”

“Selepas menang Bundesliga dan Liga Juara-Juara saya memutuskan untuk mencuba sesuatu yang lain. Oleh itu saya ke Itali menyertai Fiorentina.”

  1. CEDERA DI ITALI, CEMERLANG DI TURKI

Di Fiorentina Gomez melalui detik terburuk dalam kariernya. Dia mengalami kecederaan dan hanya tampil 15 kali pada musim 2013/14.

Namanya tersingkir pada Piala Dunia 2014 dan hanya meihat dari kaca televisyen, sebelum itu dia bermain 4 perlawanan di Piala Dunia 2010.

Pada tahun 2014 Jerman menang Piala Dunia.

“Saya melihat mereka menang Piala Dunia di Brazil dan sana tidak berada disana kerana kecederaan.”

“Saya tidak mahu terlepas lagi peluang seperti itu lagi. Jadi saya membuat keputusan, saya perlu bermain untuk negara saya lagi.”

“Saya fokus untuk kembali cergas sebelum Piala Eropah 2016.”

Langkah pertama, Gomez menyertai Besiktas secara pinjaman bagi musim 2015/16. Gomez kembali menemui sentuhan di Istanbul, menjadi penjaring tebanyak -26 gol- ketika pasukannya menang Turki Süper Lig.

Ia merupakan kejuaraan pertama Besiktas selepas 7 tahun.

Gomez mungkin tinggal lebih lama di bandar itu tetapi keadaan politik yang bergolak memaksanya keluar dari Turki.

Bagaimanapun prestasinya disana sudah cukup untuk dia mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan Jerman.

“Keadaan di Turki membuatkan saya keluar dengan segera.”

“Saya menghabiskan semua tenaga pada hari kami memenangi liga. Saya akhirnya kembali menikmati kebahagian sebagai pemain bola sepak.”

  1. DARI PERANCIS KE RUSIA

Kejohanan 2008 mungkin berakhir dengan kekecewaan buat Gomez, dia pasti menikmati lebih banyak kejayaan di Piala Eropah berbanding Piala Dunia.

Pada tahun 2012 ketika berada di puncak kekuatannya dengan Bayern, dia menjaringkan ketiga-tiga gol Jerman di peringkat kumpulan ke atas Portugal dan Belanda.

Walaupun Jerman akhirnya ditewaskan oleh Itali di peringkat separuh akhir ia merupakan kejohanan yang baik bagi Gomez.

Piala Eropah 2016 menampilkan kisah serupa. Gomez menjaringkan gol kemenangan berturut-turut ke atas Ireland Utara dan Slovakia untuk membantu Jerman layak ke suku akhir.

Mereka membalas dendam terhadap Itali apabila membenam mereka melalui penentuan sepakan penalti.

Kecederaan paha menyingkirkan nama Gomez di perlawanan separuh akhir bertemu Perancis. Tanpa penyerang, skuad Joachim Löw tewas 0-2.

Gomez juga dikenali sebagai Super Mario tersenarai dalam skuad 23 Piala Dunia 2018 di Rusia. Bermain 3 perlawanan walaupun sebagai dari bangku simpanan.

Jerman tersingkir di peringkat kumpulan dengan menduduki tangga tercorot kumpulan F dibelakang Sweden, Mexico dan Korea Utara.

Gomez gagal menjaringkan sebarang gol pada kejohanan itu.

Secara keseluruhannya , Gomez mempunyai detik yang lebih baik dalam Piala Eropah berbanding Piala Dunia.

  1. BANTU WOLFBURG TERSINGKIR DARI BUNDESLIGA

Gomez kembali ke Jerman pada tahun 2016 dan memainkan peranan penting dalam membantu pasukan Wolfburg yang berjuang mempertahankan kedudukan 20 tahun mereka di Bundesliga.

Dalam kempen liga, Gomez menyumbang 16 gol dan Wolfburg menduduki tempat ke-16. Mereka perlu bermain dalam perlawanan playoff bagi menentukan sama ada kekal atau tidak.

Gomez menjaringkan gol lagi ketika menewaskan Eintracht Braunschweig dalam perlawanan playoff itu.

Ketika bersama Wolfburg, Gomez telah menjaringkan gol ke-1000 kelab itu di Bundesliga. Gomez dilantik menjadi kapten kelab pada musim 2017/18.

“Saya memahami apabila setiap pemain berimpian mahu menjadi kelab.”

“Ianya sangat istimewa dan bermaksud anda sudah melakukan tugas dengan baik. Namun saya tidak perlu memakai lilitan kapten sebagai symbol atau pengiktirafan.”

“Saya sering mempunyai hubungan yang rapat dengan jurulatih yang pernah saya bermain dibawahnya, tanpa menjadi kapten.”

  1. KEMBALI KE TEMPAT ASAL- STUTTGART

“Saya gembira kembali ke ‘rumah’ dimana semuanya tempat saya bermula” katanya kepafa laman web rasmi VfB pada Januari 2018

“Saya tahu saya memang mahu kembali ke Stuttgart. Saya tahu banyak harapan dan bahawa Stuttgart berada dalam situasi sukar. Kita harus beri yang terbaik untuk bangun.”

“Saya melihat kedepan untuk kelab, bandar, persekitaran dan orangnya termasuk keluarga saya. Saya boleh menunggu saat itu.”

Walaupun Stuttgart tersingkir ke Bundesliga II pada musim ke-2 Gomez disana, mereka kembali bangkit pada musim ini untuk kembali ke Bundesliga.

Karier Gomez sudah berada di penghujung usia, dia menyumbang 7 gol dalam kempen yang berjaya pada musim ini.

“Mario sudah menjadi salah seorang penyerang Jerman terbaik selama bertahun-tahun.” kata pengarah spotinh VfB, Thomas Hitzsperger.

“Dia bukan sahaja pemain hebat, malah dia juga seorang yang hebat.”

Pada perlawanan terakhir, Gomez menjaringkan gol walaupun tewas 1-3 kepada Darmstadt.

“Dengan tingkah laku ramah dalam pasukan pada musim ini, dia layak.”

“Bagus juga dia menjaringkan gol. Saya harap dia terus berhubung dengan VfB pada masa akan datang dan kita akan berjumpa dengannya tidak lama lagi.” tambah Hitzsperger

Baca yang lain