Bermula Dengan Pertarungan, Mysterio Akhirnya Terima Murphy Jadi Menantu

Murphy akhirnya mendapat kebenaran dari Rey Mysterio untuk berhubungan dengan anak gadisnya di acara SmackDown Live semalam.

Hal tersebut sama sekali tidak di duga akan berlaku dan ramai yang tidak menyangka Murphy akan khianati Seth Rollins hanya kerana cinta.

Segala ketakutan Murphy terhadap Seth Rollins sebelum ini berjaya dilenyapkan setelah beliau mengkhianati The Messiah dan membantu Rey Mysterio memenangi perlawanan terakhir untuk menamatkan perseteruan antara kedua-dua penggusti itu.

Ekoran dari tindakan bijaknya memilih untuk membantu Mysterio memenangi perlawanan tersebut, Murphy akhirnya mendapat restu dari bakal ayah mertuanya untuk berhubungan dengan Aalyah.

Kejadian tersebut menyebabkan bekas Juara Cruiserweight WWE itu berubah karakter dari seorang hamba yang jahat kepada wira yang baik.

Idea terbaik yang perlu dilakukan oleh WWE selepas ini tentunya untuk menjadikan Murphy sebagai watak baik yang sangat hebat.

Para peminat sendiri pastinya yakin dengan kemampuan Seth Rollins dalam membantu menghidupkan watak Murphy itu.

Rollins tidak membuang waktu untuk menuntut perlawanan bertemu dengan bekas anak muridnya itu dan Adam Pearce telah memenuhi kehendak The Messiah itu dengan menemukan kedua-dua mereka di acara SmackDown Live minggu hadapan.

Kisah percintaan antara Murphy dan Aalyah boleh lah diketepikan terlebih dahulu dan apa yang penting adalah perkembangan karier Murphy sebagai seorang penggusti.

Seth Rollins merupakan calon terbaik yang mampu untuk membantu Murphy dalam menjadi penggusti kelas atasan di WWE.

Bekas Juara Dunia WWE itu dan Murphy sendiri telah lama menunjukkan keserasian mereka bersama dan pastinya peminat teruja untuk menyaksikan kedua-dua mereka bertarung dalam gelanggang yang sama pada minggu hadapan.

Sama ada diterima oleh peminat atau tidak, kisah percintaan Murphy dan Aalyah pastinya akan menjadi topik utama dalam siaran SmackDown selepas ini untuk tempoh waktu setidak-tidaknya satu bulan.

Pihak kreatif WWE sepertinya sangat berminat dengan jalan cerita tentang mereka berdua dan kisah antara mereka tidak akan terhenti dengan begitu mudah.

Murphy dan Aalyah memiliki keserasian untuk digandingkan bersama dan Seth Rollins sendiri sememangnya seorang penggusti yang mampu membawa watak jahat dengan cukup sempurna.

Perseteruan antara mereka pastinya akan menambah penarik dan drama hebat dalam acara SmackDown Live selepas ini.

Selain dari berita Mysterio membenarkan Murphy untuk berhubungan dengan anaknya, nama beliau turut tular di media sosial selepas terakam aksinya yang gagal melakukan penyudah 619 dengan sempurna.

Sangat jarang sekali melihat Mysterio melakukan kesilapan sedemikian, namun dalam perlawanan bertemu Seth Rollins beliau dengan tidak sengaja terlihat terciduk ketika mahu melakukan gerakan penyudahnya itu.

Seth Rollins sudah berada dikedudukan yang benar untuk menerima gerakan penyudah 619 itu, dan Mysterio pada awalnya terlajak dan tidak berjaya melakukan gerakan tersebut sebelum beliau berjaya mengawal keadaan dan sekali lagi melancarkan penyudahnya dengan sempurna.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah