Bola Sepak Ditangguhkan Kerana Kemangkatan Ratu, Protes Penyokong Bayern Undang Perdebatan

Penyokong Bayern Munich menaikkan sepanduk membantah impak kemangkatan Ratu Inggeris, Ratu Elizabeth II terhadap perlawanan bola sepak semasa pertembungan Liga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona.

Penyokong Bayern mengangkat sepanduk berkaitan dengan Ratu Elizabeth pada separuh masa pertama perlawanan Eropah menentang Barcelona.

Ianya berikutan perlawanan di England ditangguhkan berikutan kematian Ratu Elizabeth II pada Khamis lalu.

Penyokong Bayern menghantar mesej kepada dunia tentang protes mereka itu.

Sepanduk itu berbunyi: “Perlawanan ditangguhkan pada minit minit akhir kerana kematian seorang diraja!? Hormati peminat!”

Ada sesetengah peminat bola sepak yang datang dari luar negara terbang ke UK semata mata mahu melihat pasukan bola sepak kesayangan mereka.

Tindakan peminat Bayern itu mengundang kecaman daripada peminat bola sepak di UK.

Kerana menurut mereka peminat Bayern mungkin akan mengambil pendirian berbeza jika ianya berlaku pada mereka pada era mereka masih ada monarki dahulu.

Ada juga peminat yang mendakwa bahawa Bayern Munich tidak terkesan dengan penangguhan tersebut, kenapa peminat mereka harus masuk campur?

Seorang peminat bola sepak meminta Bayern didenda kerana tindakan yang dianggap biadap.

Tetapi ada juga yang bersetuju dengan protes tersebut. Kerana ada peminat yang terbang dari jauh untuk menyaksikan aksi bola sepak.

Malah ada yang berkata ini adalah isu yang serius, ‘Adakah kita harus menunggu penyokong Bayern Munich yang berjuang untuk suara kita?” kata Sam Street.

Perlawanan perlawanan Liga Perdana di seluruh EFL telah ditangguhkan berikutan tanda penghormatan.

Istana Buckingham sebenarnya tidak melarang aksi bola sepak di England walaupun mengharamkan semua acara hiburan termasuk konsert untuk tempoh 10 hari perkabungan.

Pihak kerajan dan istana menyerahkan kepada Premier League dan EFL untuk menentukan sendiri sama ada mereka mahu meneruskan aksi bola sepak atau tidak.

Peter Crouch antara yang mengkritik tindakan Premier League dan EFL dengan menyifatkan, bukankah lebih bagus untuk meneruskan aksi bola sepak agar peminat seluruh dunia melihat komuniti bola sepak di England memberikan penghormatan terakhir kepada Ratu yang mereka sayangi.

Crouch menulis tweet: “Saya tahu ianya cuma satu permainan, dan ada perkara yang lebih besar. Tetapi bayangkan dalam semua perlawanan bola sepak kita berlangsung hujung minggu ini.”

“Lilitan lengan hitam, penghormatan, lagu kebangsaan, band diraja memainkannya [muzik lagu kebangsaan] dan sebagainya kepada jutaan manusia di seluruh dunia menyaksikan?”

“Bukankah ianya selamat tinggal yang lebih baik?”

Dalam aksi UEL dan UECL beberapa minggu lalu, beberapa stadium memberikan penghormatan terakhir.

Tiada lagu dimainkan sebelum sepak mula. Walaupun peminat West Ham memutuskan untuk menyanyi lagu kebangsaan negara mereka God Save The Queen dengan sepenuh hati.

Aksi di antara Man United dan Royal Sociedad dimulakan dengan sesi penghormatan khas. Termasuk dalam aksi antara FC Zurich dan Arsenal.

Alasan Liga Inggeris ditangguhkan kerana risau ia akan menjadi aib negara

Tetapi ada insiden di UK, di Ireland di mana penyokong mereka telah meraikan kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Selain itu sebelum sepak mula antara Arsenal dan FC Zurich, terdapat penyokong Zurich yang mengejek penghormatan terakhir itu.

Di Scotland turut terdapat kejadian yang sama melibatkan penyokong Heart.

Risau dengan kejadian seperti ini akan berlaku, membuatkan Premier League memutuskan tidak menjalankan aksi EPL minggu ini.

Hal ini kerana di media sosial sudah ramai pihak yang anti monarki di UK telah ‘meraikan’ kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Dipetik dari Sport Bible, portal itu menulis laporan daripada Matt Hughes dari Dailty Mail yang bertulis: “Mengambil kira sesi penghormatan terakhir Ratu mungkin akan tidak dihormati secara uiversal, dan potensi menanggung malu di mata dunia, jika ada penyokong yang mengejek, telah menjadi faktor dalam keputusan untuk menangguhkan semua aksi bola sepak di UK pada hujung minggu ini.”

Bola sepak di England bagaimanapun, telah kembali semula hujung minggu ini – dengan perlawanan Kejuaraan, Liga Satu dan Liga Dua berlangsung.

Kemudian pada pertengahan minggu pertemuan Liverpool di tempat sendiri Liga Juara-Juara dengan Ajax di Anfield.

Baca yang lain