Bolos 18 Daripada 10 Perlawanan, Ini Statistik Buruk Dan Kesilapan Ngeri Onana Lawan Galatasaray

Andre Onana nampaknya melalui permulaan karier sangat mencabar di Man United. Di mana dia berterusan dibolosi oleh lawannya.

Manchester United kalah lagi dalam aksi UCL mereka musim ini. Kali ini di tangan Galatasaray yang mencipta kemenangan pertama di England dalam sejarah kelab itu.

United dua kali mendahului menerusi Rasmus Hojlund, namun Galatsaray akhirnya menang 3-2. Lebih pedih, bekas pemain United sendiri iaitu Wilfried Zaha turut berada dalam senarai penjaring.

Onana merisaukan

Penjaga gol yang dibeli dengan nilai £45 juta itu sebelum ini dianggap pelengkap kepada puzzle taktikal Erik Ten Hag. Namun setakat ini Onana masih tidak berada di prestasi terbaiknya.

Sebelum ini Onana pernah pergi kepada wartawan dan meminta maaf kerana menganggap dia sebagai punca kekalahan Man United. Tindakan itu kurang dipersetujui Jonny Evans yang menganggap Onana harus lebih tenang dan tidak perlu betindak begitu sekali.

Dalam aksi berdepan dengan Galatasaray, pemain itu terus mencatatkan statistik buruk. Dan ia mungkin prestasi terburuk Onana setakat ini bersama dengan Manchester United.

Daley Blind sebelum ini memilih Onana sebagai salah seorang penjaga gol terbaik di dunia.

Statistik setakat ini menyatakan bahawa Onana tidak berada di landasan persaingan sebagai penjaga gol terbaik untuk musim ini walaupun dia dicalonkan dalam anugerah Lev Yashin. Itu kerana prestasi cemerlangnya dengan Inter musim lalu.

Dalam EPL musim ini Onana merupakan penjaga gol dengan rekod hantaran jauh paling teruk, hanya 30.5% ketepatan  bagi penjaga gol yang melakukan lebih 50 hantaran panjang.

Dan keadaan lebih buruk, dia kini sudah bolos sebanyak 18 kali daripada 10 perlawanan pertama musim ini. Membuatkan ada segelintir peminat Man United mulai mendesak Onana direhatkan dan digantikan dengan penjaga gol kedua.

Prestasi Onana vs Galatasaray juga sangat membimbangkan. Di hanya melakukan 56.8% hantaran tepat kepada rakannya. Dengan salah satu hantaran itu kesilapan ngeri dipintas oleh Mertens yang membuatkan Casemiro terpaksa melakukan bentesan dan menerima kad merah, serta memberikan penalti kepada lawan. Mujur Mauro Icardi gagal menyempurnakan penalti itu.

Namun malangnya tidak lama selepas penalti yang gagal itu, Icardi berjaya menewaskan Onana dengan penyudah tenang. Onana dilihat tidak membuka posisi badannya sebaliknya mengecilkannya.

Dari segi kualiti mengendalikan bola, Onana kehilangan bola sebanyak 17 kali dan hanya melakukan 1 penyelamatan dalam perlawanan ini.

Squawka melabel persembahan ini sebagai untuk dilupakan. Dengan penyokong Man United mengejek pasukan mereka sendiri di dalam stadium selepas tamat perlawanan.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini:

 

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah