Borussia Dortmund Tagih €5 Juta Dari Barca Jika Jual Dembele Bulan Ini

Ousmane Dembele terus membuatkan Barcelona pening kepala. Barcelona sudah menyenaraikan Dembele sebagai pemain untuk dijual.

Namun berapakah nilai Dembele?

Sebelum ini Barcelona membeli Dembele dengan nilai lebih €140 juta daripada Borussia Dortmund. Dengan kontraknya yang sudah berbaki kurang enam bulan, Dembele akan pergi secara percuma jika Barca gagal menjualnya pada jendela perpindahan kali ini.

Berdasarkan tanda harga yang diletakkan oleh Transfermarkt, Ousmane Dembele hanyalah €30 juta sahaja. Namun Barca sudah pastinya sukar mendapatkan harga tersebut untuk Dembele kerana pemain itu sudah lama tidak beraksi. Ditambah dengan rekod kecederaan yang sangat banyak.

Jika Barcelona menjual Dembele €30 juta, maka mereka harus membayar €5 juta kepada Dortmund. Berdasarkan perjanjian sebelum ini, jika Barca menjual Dembele sebelum kontrak 4 tahun pertamanya berakhir, maka Barca akan membayar bonus sebanyak €5 juta.

Tahun lalu, Barcelona sudah menegaskan bahawa Dembele bukan untuk dijual. Dan musim ini, kehadiran Xavi juga membuatkan Dembele menjadi pemain yang diletakkan dalam projeknya.

Malang sekali Dembele dikatakan terlalu kerap tarik tali dengan Barcelona. Awalnya dia meminta kenaikan gaji lebih besar daripada sebelum ini.

Namun selepas dipujuk oleh Xavi, dia setuju untuk gaji lebih rendah.

Selepas Barcelona mendapatkan Ferran Torres, Dembele dikatakan mengubah fikiran. Dia tak gembira kerana beranggapan, kelab menjadikannya salah seorang mangsa pemotongan gaji untuk menampung tawaran gaji kepada Ferran Torres.

Lalu Dembele dilaporkan meminta sekitar €820 ribu seminggu jika Barca mahukan khidmatnya. Itu bermakna Dembele mahikan sekitar €200 juta dalam masa 5 tahun. Bersamaan dengan €40 juta dalam setahun.

Kemudian ada dua bayaran tambahan lagi kerana dia sekarang ini dikira ejen bebas iaitu bayaran ejen sebanyak €20 juta dan bayaran persetujuan tandatangan kontrak sebanyak €20 juta.

Itu yang membuatkan Barca akhirnya menamatkan rundingan kontrak baharu dengan Dembele.

Xavi sudah menyatakan bahawa Dembele akan dibekukan selepas ini dan kelab akan berusaha sedaya upaya untuk mencari pembeli kepada Dembele.

Dembele yang sangat kecewa menyatakan dia kini sudah dibuang oleh kelab walaupun masih ada kontrak dengan mereka.

Ousmane Dembele akhirnya bersuara selepas Barcelona mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak mahu melanjutkan kontrak dengan pasukan itu lagi kerana tidak mahu terlibat dalam projek kelab di bawah Xavi Hernandez.

Semalam CEO Barcelona, Mateu Alemany telah mengesahkan bahawa Barca akhirnya menyerah kalah dalam usaha mereka mahu mendapatkan tandatangan Dembele pada kontrak baharu.

Barca menyatakan bahawa Dembele memang sudah tak ada hati mahu bermain untuk mereka lagi.

Dembele membalas kritikan itu dengan menegaskan bahawa dia terkejut kerana dibuang oleh Barcelona ketika dia masih bergelar pemain Barca.

Dembele juga mengakui bahawa ada pihak yang suka memburuk burukkan namanya.

“Selamat pagi semua.”

“Ianya sudah 4 tahun saya sejak kali terakhir saya membaca tentang diri saya tanpa cuba menjelaskan tentang diri saya. Khabar angin tentang saya telah berlegar selama 4 tahun. Sudah 4 tahun orang lain yang bercakap untuk saya, dengan pembohongan memalukan dengan satu tujuan iaitu untuk merosakkan imej saya.”

“Saya sudah 4 tahun berada di tempat saya tanpa menjawab ataupun mempertahankan diri saya. Adakah ianya satu kesilapan? Dah tentu.”

“Dan pada hari ini, saya akan menjawab segalanya dengan jujur tanpa memberikan sebarang ugutan. Saya sudah berusia 24 tahun, sama seperti manusia lain, tak sempurna. Saya melalui kerumitan dan juga kecederaan. Wabak juga memberikan kesan kepada saya.”

“Tanpa latihan yang secukupnya, jurulatih mengarahkan saya bermain, dan saya sentiasa hadir tanpa banyak soal. Beraksi dengan baik dan sentiasa melakukan terbaik untuk benda yang paling saya cintai.”

“Saya sedar nasib saya untuk mendedikasikan diri melakukan perkerjaan paling indah di dunia.”

“Mesej saya juga adalah transparen. Saya melarang sama sekali orang lain bercakap untuk pihak saya kecuali ejen saya yang saya percayai.”

“Saya masih di dalam kontrak dengan Barcelona. Dan saya telah dibuang sepenuhnya oleh kelab dan pengurus saya.”

“Saya sentiasa memberikan yang segalanya untuk rakan rakan sepasukan, dan ianya tidak akan berubah,”

“Saya bukannya orang yang menipu ataupun takut dengan ugutan.”

“Ada rundingan berlaku, dan ejen saya mengendalikannya atas lapangan dia. Lapangan saya pula padang bola sepak, hanya bermain bola sepak, berkongsi momen gembira dengan rakan rakan sepasukan. Ayuh fokus kepada perkara asas iaitu menang.”

Status tersebut kemudian mendapat sokongan daripada Antoine Griezmann yang kini dipinjamkan ke Atletico Madrid dengan adanya klausa pembelian tetap.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai