Boxing Day: Ketinggalan 0-2, United Bangkit Menang 3-2, Hojlund Cetak Gol Kemenangan Dramatik

Ianya minggu yang panjang pada minggu lalu setelah Man United kalah di tangan West Ham. Menjadikan mereka menelan 13 kekalahan dalam semua pertandingan sebelum Krismad, terbanyak sejak 1930 untuk tempoh sebelum natal.

Namun begitu Manchester United akhirnya bangkit pada hari Boxing Day.

Kebangkitan itu bukan calamg calang, namun bangkit daripada ketinggalan di belakang 2 gol menentang pasukan sedang dalam prestasi terbaik Aston Villa yang masih tak kalah dalam 11 perlawanan terakhir mereka.

Red Devils bimbingan Erik ten Hag berdepan dengan risiko kekalahan sekali lagi apabila dua gol sepaduh masa pertama oleh John McGinn dan Leander Dendoncker meletakkan Aston Villa 2-0 di hadapan menjelang rehat.

Man United malah diboo penyokong mereka sendiri pada separuh masa pertama ketika menuju ke terowong untuk rehat.

Namun begitu pada separuh masa kedua, Alejandro Garnacho menghidupkan api kebangkitan United dengan gol pertama. Yang merupakan gol pertama United setelah kemarau gol selama 7 jam 20 minit lamanya.

Pemain muda Argentina itu kemudian meledak sekali lagi untuk menyamakan kedudukan.

Namun aksi blockbuster sebenar milik Rasmus Hojlund yang akhirnya menjaringkan gol pertama beliau dalam EPL, lapan minit sebelum masa sebenar permainan.

Hojlund akui benar benar gembira dan lega dengan gol tersebut.

“Ianya agak lama, namun saya sangat gembira. Saya manusia paling gembira ketika ini. Kami boleh tengok keraian kami ketika ini. Kami percaya sehingga ke wisel penamat.”

“Agak lama menunggu di EPL, Dan saya sangat gembira berjaya mencetak yang pertama. Harap saya akan dapat membina momentum dari sini.”

Gol itu menamatkan rekod kemarau gol Hojlund dalam EPL setelah 15 penampilan. Dan ia juga gol keenam beliau setakat ini dalam semua pertandingan dengan 5 gol beliau sebelum ini semuanya di UCL.

Gol itu memberikan kemenangan pertama buat United dan menamatkan rekod tanpa kemenangan dalam empat perlawanan terakhir mereka. Melonjakkan mereka ke tangan keenam Liga Perdana Inggeris.

Skuad Aston Villa kekal di tangga ketiga dengan 3 mata di belakang pendahulu Liverpool.

Saksikan highlight perlawanan di sini:

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.