BTR Bikin Indonesia Bangga, Tapau RM649,000 Pertahan Kejuaraan PMWL Zon Timur

The Grand Finals untuk kejuaraan PUBG Mobile World League 2020 telahpun melabuhkan tirainya semalam.

Dengan sejumlah 24 perlawanan berlangsung dalam 4 hari pertandingan.

Bigetron Red Aliens (BTR) berjaya menjulang kejuaraan untuk Season Zero – PMWL 2020 East. Orange Rock Esports menamatkan saingan di tangga kedua.

Sementara itu RRQ Athena pula menamatkan saingan di tangga ketiga.

PMWL 2020 dipecahkan kepada 2 zon iaitu zon timur dan zon barat. Setiap zon ada 16 pasukan dengan hadiah terkumpul bernilai $425,000 ditawarkan kepada kesemua peserta.

Juara,Bigetron RA, berjaya mengumpul 287 mata dengan total 113 kills. Sementara itu Orange Rock & RRQ Athena, masing masing mengumpul 278 dan 276 mata.

Bigetron menjadi satu-satunya wakil dari negara Indonesia. Dibarisi oleh Zuxxy, Luxxy, Microboy, dan Ryzen harus melalui 24 pertempuran sengit semasa pusingan akhir besar. Terutama pada hari terakhir di mana mereka harus menghadapi pasukan yang kuat.

Namun, usaha keras mereka tidak sia-sia, Bigetron RA berjaya mengalahkan 15 pasukan eSports yang lain. Walaupun berjaya memenangi lima chicken dinner, RRQ Athena terpaksa berpuas hati dengan tempat ketiga.

Dengan kejayaan ini, Bigetron RA berjaya membawa pulang hadiah bernilai USD155,000 atau sekitar RM649,000. Di samping itu, mereka berjaya mempertahankan gelaran dunia PUBG Mobile yang dimenangi tahun lalu.

Sementara itu dua pasukan dari Malaysia iaitu Yoodoo GANK dan Team Secret pula gagal mempamerkan aksi terbaik dalam kejohanan kali ini.

Dua pasukan ini menempah slot secara merit untuk beraksi di peringkat Global Final ini yang sepatutnya berlangsung di Poland.

Team Secret layak ke Global League selepas menjuarai Grand Final Malaysia pada April lalu dan pada kejohanan itu Yoodo GANK telah muncul naib juara.

Yoodo GANK pula mara mencuri slot ke peringkat global mengiringi Team Secret selaku juara Asia Tenggara dan pencapaian Yoodo GANK ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Record.

Dengan kedudukan ini Yoodo GANK dan Team Secret masing-masing membawa pulang wang tunai $2,000 dan belum dicampur dengan hadiah Super Weekend dan penyertaan.

Sementara itu pemain daripada pasukan yang berasal daripada Vietnam, Box Gaming Break telah merangkul anugerah pemain paling bernilai(MVP) PMWL East.

Pemilihan pemain paling bernilai(MVP) ini dibuat berdasarkan prestasi pemain secara individu dan pemain yang mengumpul Kill terbanyak akan dipilih.

Maka Break telah melakukan kill terbanyak dengan 35 kill dengan 7519 damage dan survival time selama 20:22 dalam 24 perlawanan yang dilangsungkan selama 4 hari ini.

Selaku pemain terbaik kejohanan, Break membawa pulang wang tunai sebanyak $10,000.

Berikut adalah ranking terakhir yang dicatatkan:

#1 Bigetron RA – 287 points (113 kills)

#2 Orange Rock – 278 points (111 kills)

#3 RRQ Athena – 276 points (101 kills)

#4 Box Gaming – 270 points (118 kills)

#5 U Level Up Esports – 256 points (92 kills)

#6 TSM-Entity – 237 points (112 kills)

#7 T1 – 223 points (89 kills)

#8 Valdus The Murder – 205 points (93 kills)

#9 TeamIND – 202 points (90 kills)

#10 MegaStars – 188 points (69 kills)

#11 SynerGE – 177 points (61 kills)

#12 King of Gamers Club – 169 points (61 kills)

#13 Reject Scarlet – 165 points (65 kills)

#14 GXR Celtz – 152 points (53 kills)

#15 Team Secret – 150 points (63 kills)

#16 Yoodo Gank – 142 points (46 kills)

Ini pula pecahan wang tunai yang dimenangi:

1st place: 100,000 USD

2nd place: 50,000 USD

3rd place: 20,000 USD

4th place: 10,000 USD

5th place: 8,000 USD

6th place: 5,000 USD

7th place: 4,000 USD

8th place: 3,000 USD

9th place: 2,000 USD

10th place: 2,000 USD

11th place: 2,000 USD

12th place: 2,000 USD

13th place: 2,000 USD

14th place: 2,000 USD

15th place: 2,000 USD

16th place: 2,000 USD

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang