Bye UCL โ€“ Pemain Gantian Marcos Llorente Dan Morata Singkirkan Liverpool

Liverpool turun melayan kunjungan Atletico Madrid dalam aksi second leg โ€“ round of 16 โ€“ Liga Juara Juara Eropah.

Liverpool ada satu gol defisit di belakang pasukan pelawat yang menang 1-0 di Wanda Metropolitano.

Selepas beberapa kali cuba mencipta peluang gol โ€“ Liverpool akhirnya di hadapan menerusi Gini Wijnaldum yang menanduk bola hantaran Alex Oxlade-Chamberlain pada minit ke-43.

gol yang mengingatkan penyokong Liverpool kepada gol tandukan beliau ketika aksi hadapan dengan Barcelona tahun lalu.

Separuh masa pertama

Atletico Madrid terlebih dahulu mereka peluang keemasan menerusi Diego Costa. Namun perubatan beliau ke side netting.

Pada minit ke-9, Mo Salah melakukan satu rembatan lencong yang sedikit tersasar.

Tidak lama selepas itu pada minit ke-14 Alex Oxlade-Chamberlain melakukan rembatan deras yang berjaya ditepis oleh Jan Oblak.

Liverpool menguatkan lagi dominasi dalam perlawanan ini. Atletico hanya bertahan dan cuba melakukan serangan balas.

Atletico sepanjang 25 minit pertama bertahan dengan kompak. Liverpool cuba melakukan beberapa siri hantaran lintang. Liverpool terus buntu untuk mendapatkan gol.

Atletico kemudian berjaya bermain agak lama di kawasan Liverpool selepas minit ke-30.

Pada minit ke-33 Sadio Mane melakukan rembatan leret yang berjaya diselamatkan oleh Jan Oblak.

Pada minit ke-36 Jan Oblak melakukan point blank save. Firmino hampir melakukan contact dengan bola di depan gawang. Firmino masih masih belum menjaringkan gol di Anfield sejak April tahun lalu.

https://twitter.com/SonOfKobe/status/1237841980094164998?s=19

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 1-0 memihak Liverpool.

Separuh masa kedua

Separuh masa kedua Liverpool terus mengasak ke kubu Atletico Madrid. Mohamed Salah memiliki peluang terbaik namun beliau memilih untuk merembat terus dan ia berjaya diselamatkan oleh Jan Oblak.

Oblak diuji sekali lagi oleh Alex oxlade-chamberlain pada minit ke-54, dan beliau berjaya menepis rembatan tersebut.

Oblak ternyata sangat cemerlang. Sebelum itu beliau melakukan world class save menafikan rembatan Mane โ€“ walaupun ketika melakukan percubaan itu sebenarnya, Sadio Mane sudah ofsaid.


Pada minit ke-59 Roberto Firmino memiliki satu lagi peluang keemasan. Sekali lagi Oblak cemerlang menafikan rembatan tersebut.

Seminit selepas itu Joao Felix melakukan rembatan leret yang hampir menewaskan Adrian. Tetapi Adrian berjaya menepisnya dan kemudian menghadang tindakan susulan.

Pada minit ke-67, birthday boy, Andy Robertson menanduk bola yang terkena palang gol.

Seminit kemudian Trent Alexander-Arnold melakukan rembatan dari luar kotak penalti yang ditepis Jan Oblak. Robertson melakukan susulan yang dihadang oleh Kieran Trippier.

Sadio Mane kemudian melibas bola selepas menerima hantaran daripada Wijnaldum. Selepas itu dia lipat sekali lagi. Dua kali lipat.

Pada masa kecederaan, Atletico meraikan gol kemenangan. Diego Simeone dan pegawai serta anak anak buahnya di bangku simpanan masuk ke padang meraikan gol tersebut.

Namun gol itu dibatalkan kerana ofsaid.

Extra time

Pada masa tambahan 30 minit separuh masa pertam, Roberto Firmino meletakkan Liverpool di hadapan secara agregat selepas menerima hantaran Gini Wijnaldum.

Percubaan pertamanya terkena tiang namun dia melakukan susulan yang menerjah gawang.

Tetapi gol itu tak bertahan lama apabila pemain gantian, Marcos Llorente merembat masuk bola โ€“ selepas kesilapan Adrian yang melakukan hantaran lemah.

https://twitter.com/brfootball/status/1237866419213099014?s=19

Adrian sekali lagi tertewas di tangan Llorente sebelum wisel rehat separuh masa โ€“ extra time. Liverpool memerlukan dua gol untuk mengatasi Atletico yang ada kelebihan dua gol di tempat lawan.

Seorang lagi pemain gantian, Alvaro Morata telah membunuh sisa sisa perjuangan Liverpool dengan gol ketiga.

Liverpool mengucapkan selamat tinggal kepada UCL Selepas menjuarainya musim lalu. Atletico Madrid akhirnya mara ke suku akhir.

โ€”

Liverpool (4-3-3) Adrian; Alexander-Arnold, Gomez, van Dijk, Robertson; Oxlade-Chamberlain, Henderson, Wijnaldum; Salah, Firmino, Mane.
Substitutes: Lonergan, Fabinho, Milner, Minamino, Lallana, Origi, Matip.

Atletico Madrid (4-4-2) Oblak; Trippier, Savic, Felipe, Renan Lodi; Koke, Saul Niguez, Thomas, Correa; Diego Costa, Joao Felix.
Substitutes: Adan, Gimenez, Morata, Lemar, Llorente, Carrasco, Vrsaljko.

Referee Danny Makkelie (Netherlands).

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai