CAP Gesa Kerajaan Iktiraf Pelarian Rohingya, Beri Akses Pekerjaan, Pendidikan Dan Kesihatan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta kerajaan Malaysia untuk mengiktiraf segera status pelarian Rohingya.

CAP kecewa dengan cadangan beberapa pihak di Malaysia yang mahu menghalang dan juga mengusir pelarian Rohingya yang berada di negara ini.

CAP juga membidas beberapa NGO yang turut menentang penempatan Rohingya di Malaysia.

Pendirian CAP itu disuarakan oleh Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader. Beliau berkata pelarian berkenaan melarikan diri dari negara asal kerana nyawa terancam.

Oleh itu, langkah mengusir mereka adalah sama seperti menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka.

Beliau turut membidas alasan prejudis yang diberi adalah pelarian Rohingya. Di mana ramai yang menuduh Rohingya sebagai pengotor , biadap, tidak menghormati budaya Malaysia dan menuntut mendapatkan kewarganegaraan.

Mohaideen berkata: “Memang tidak adil bagi kita menjatuhkan hukuman ke atas kesemua pelarian itu kerana kelakuan buruk segelintir daripada mereka, malah dalam sesuatu kelompok manusia, mesti ada yang berkelakuan baik dan juga buruk.”

“Malaysia tidak mengiktiraf status pelarian Rohingya sebagai pelarian tetapi sebagai pendatang tanpa izin ataupun orang yang tidak mempunyai kewarganegaraan,” katanya kepada BH Online.

Mohideen juga menjelaskan bahawa kebanyakan pelarian Rohingya di Malaysia menyatakan mereka menghargai peluang menjadikan Malaysia sebagai kediaman sementara.

Dan mereka hanya mahu pulang ke Myammar atau menetap di negara ketiga selepas ini.

Selain daripada itu CAP juga simpati dengan nasib Rohingya yang menghadapi sikap ketaasuban sesetengah golongan masyarakat. Mereka juga berhadapan dengan tekanan mental dan emosi serta kebergantungan kepada jasa baik orang lain.

Ini membuatkan mereka sukar menikmati kehidupan lebih baik, menurut beliau lagi.

Selain itu, CAP juga kecewa kerana perlarian Rohingya juga tidak dapat bekerja secara sah di Malaysia.

Ini ditambah dengan tiadanya akses kepada sistem penjagaan kesihatan atau sistem pendidikan.

Lalu Mohaideen menggesa agar kerajaan Malaysia segera mengiktiraf status perlarian Rohingya.

Beliau menyatakan langkah itu akan memberikan win win situation. Di mana perlarian Rohingya akan dapat bekerja secara sah dan Malaysia akan dapat mengutip cukai pendapatan daripada mereka.

“Jika kerajaan mengiktirafkan status pelarian, ia bukan sahaja memberi faedah kepada Rohingya tetapi kepada negara kita juga kerana mereka dapat bekerja secara sah dan hasil daripada itu, mereka akan membayar cukai serta menyumbang kepada masyarakat.”

“Kanak-kanak pelarian juga boleh pergi ke sekolah bagi mendapatkan pendidikan serta belajar bagaimana cara bersosialisasi,” katanya lagi.”

“Kerajaan juga perlu mengiktiraf hak mereka bagi bekerja, mendapatkan pendidikan dan akses kepada sistem kesihatan seperti yang termaktub dalam perjanjian antarabangsa, misalnya Konvensyen Pelarian 1951 atau juga diketahui sebagai Konvensyen Geneva.”

“Sudah tiba masanya kita berhenti menghina mereka yang sudah dianiayai secara tidak adil oleh rakyat dan kerajaan mereka sendiri,” katanya lagi.

Malaysia antara negara yang paling banyak menerima pelarian Rohingya. Dilaporkan kira-kira 150,000 pelarian Rohingya di Malaysia. Angka itu mungkin lebih banyak.

Sumber: BH Online

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai