Capello Dedahkan Sebab Utama England Terus Kemarau Kejuaraan Major

Bekas pengendali pasukan England, Fabio Capello memberikan pandangan beliaut tentang sebab kenapa England terus kemarau kejuaraan major.

Capello memberitahu bahawa England terlalu terbuai buai dengan kejayaan silam mereka ketika menjuarai Piala Dunia 1966.

Itu telah menjadikan negara mereka sebagai negara yang sentiasa hadir ke pertandingan major dengan tekanan yang sangat tinggi daripada semua pihak.

Lantas beliau melabel England sedamhh berhadapan dengan masalah mental block akibat daripada kegagalan tersebut.

Selepas kejayaan menjulang Piala Dunia 54 tahun yang lalu, England telah menelan banyak kepahitan di dalam sejarah mereka.

Kejayaan Piala Dunia 1966 berikan tekanan

Menjadikan lagi It’s Coming Home cuma lagu dan piala dunia dan piala Eropah yang mereka idamkan terus tiada dalam dakapan.

Capello merupakan pengurus England selama 5 tahun dari 2007 sehingga 2012.

Ketika itu Capello dianggap pasangan ideal dengan generasi emas bola sepak England.

Kempen Piala Dunia 2010 di bawah kendalian Capello menyaksikan The Three Lions kalah 4-1 di tangan Jerman dan tersingkir di peringat 16 akhir.

Baju England berat

Capello memberitahu The Guardian: “Baju England ni sangat berat nak dibawa.”

“Masa dah banyak berlalu, dan England terus tanpa kemenangan.”

“Kejayaan menjulang Piala Dunia 1966 adalah masalah utama England. Kerana setiap kali Piala Dunia dan Euro bermula, mereka merasakan merekan akan dapat menang lagi. Sentiasa, sentiasa, sentiasa begitu.”

https://twitter.com/markrsugrue/status/1246578628722216965

“Sangat penting untuk bermain tanpa tekanan yang melampau dan bermain dengan lebih kebebasan.”

“Banyak tekanan psikologi, namun jujur saya katakan, masalah utama England setiap sekali tiba di dalam kejohanan major, mereka keletihan.”

“Pada September, Oktober dan November, kami tiada masalah nak bermain menentang mana-mana pasukan terbaik di dunia.”

“Pada Mac, April dan jadi suam suam / so-so. Pada Jun terus bermasalah. Sebab itu saya rasa ianya masalah fizikal.”

“Mereka bermain banyak sangat perlawanan di peringkat kelab. Lawan, lawan, lawan, jangan berhenti, walaupun ketinggalan 4 gol. Saya sukakan semangat itu.”

Beza pasukan beliau dengan Southgate

Capello kemudian diminta memberikan komen pasukan beliau dahulu dengan pasukan England pada hari ini di bawah kendalian Gareth Southgate.

Capello mengakui pasukan Gareth Southgate adalah lebih baik dan seimbang.

Pasukan Gareth Southgate berjaya mara sehingga ke suku akhir. Namun dikejutkan oleh Croatia dalam aksi masa tambahan 30 minit.

Capello menyatakan: “Pasukan saya dulu agak berusia, kita tak ada pemain muda dan dahulu kita ada masalah keletihan.”

“Hari ini mereka ada ramai pemain muda berbakat.”

“Harry Kane dan Raheem Sterling adalah pemain penting. Mereka ada kualiti, kepantasan, dan segalanya.”

“Cuma posisi bek tengah yang saya risaukan. Namun sekarang saya tidak risau dengan England. Kerana mereka ada bek tengah yang muda dan segar.”

“Kamu juga perlukan keyakinan. Dan England pada hari ini memilikinya.”

Baca yang lain