Capirossi: ‘Rossi Tak Sabar Nak Buat Yamaha Menyesal Singkirkannya Ke Pasukan Satelit’

Walaupun sebelum ini Valentino Rossi menyatakan beliau gembira mewakili pasukan satelit Yamaha iaitu Petronas SRT yang berasal dari Malaysia.

Namun menurut raklannya, itu bukan bermakna Rossi menerima 100% penolakan dirinya daripada pasukan kilang.

Menurut rakan senegara Valentino Rossi, iaitu Loris Capirossi, The Doctor kini sedang berkobar kobar untuk membuktikan sesuatu kepada Monster Energy Yamaha pada musim musim hadapan.

Penyingkirannya ke pasukan satelit kini menjadi motivasi buatnya untuk mencipta sesuatu bersama pasukan barunya.

Loris Capirossi juga mendedahkan bahawa pelumba berusia 41 tahun itu mahu membuktikan bahawa Yamaha kilang membuat kesilapan dalam keputusan mereka.

Capirossi berkata: “Dengan bergabungnya Rossi dari pasukan kilang ke pasukan Petronas, menurut saya, dia akan menuai hasil yang lebih bagus dibandingkan MotoGP 2020,” tegas beliau kepada Speedweek.

“Lagipun, keadaan itu akana memberikan beliau motivasi berganda untuk membuktikan kepada Yamaha, bahwa mereka telah melakukan keputusan yang salah membuangnya ke pasukan satelit.”

Musim 2020 dianggap musim buruk Valentino Rossi. Di mana beliau gagal memenangi sebarang perlumbaan dan gagal berada dalam kelompok pelumba terbaik.

Ramai beranggapan masa Rossi di MotoGP sudah berakhir. Namun The Doctor tetap bersemangat mahu membuktikan sebaliknya.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai