Cara Baru Penjarakan Sosial, Uncle Ni Pakai Ular Sawa Jadi Pelitup Muka

Topeng muka dan penjarakan sosial adalah dua normal baharu yang kita semua lakukan di seluruh dunia selepas dilanda wabak.

Namun semakin hari semakin ramai yang tak memakai pelitup muka mahupun mengamalkan penjarakan sosial,

Seorang lelaki di Salford telah mengambil tindakan drastik dengan memakai ular sawa peliharaannya sebagai pelitup muka dengan membelitkannya di leher dan mukanya.

Secara tak langsung dia telah melakukan penjarakan sosial secara tak langsung.

Power bukan?

Di kala orang lain nak trendy dengan pelbagai topeng muka, uncle ini menggunakan ular sawa terus yang dianggap netizen sebagai pelitup muka paling ekstrim.

Dia menaiki bas Swinton di Salford pada hari Isnin dengan reptilia yang melilit leher dan mulutnya, seperti yang dilaporkan oleh The Independent.

Seorang penumpang mengingatkan lelaki itu memakai pelitup muka funky dan rekaan fancy. Namun dia terkejut apabila ular itu bergerak.

Seorang lagi penumpang wanita menyatakan kejadian itu juga agak lucu. Dan semua orang di dalam bas tak berkelip mata mereka melihat ular itu.

Namun tindakan lelaki itu telah dikritik kerana dia sebenarnya tidak menggunakan pelitup muka dengan betul.

Profesor Komunikasi Sains di University of Gloucestershire Adam Hart memberitahu Metro.co.uk:

‘Tidak mengejutkan pun, tidak ada kajian mengenai keberkesanan “topeng ular” tetapi saya rasa kita dengan yakin dapat mengatakan bahawa ini bukan cara yang berkesan untuk mengurangkan penyebaran wabak.”

“Jurang antara gegelung lilitan ular  yang memungkinkan “pemakainya” bernafas juga akan membolehkan zarah virus melaluinya. Sejujurnya, ini adalah pelitup muka yang tidak masuk akal.”

Ketika ditanya apa bahaya lain yang boleh ditimbulkan oleh‘ topeng ’itu,

Profesor Hart berkata: “Dari foto itu, kelihatan ular itu adalah ular sawa besar yang tak berbisa.  Tetapi ia membunuh mangsa dengan membelit mangsanya.”

“Ada juga risiko bahaya kepada orang awam bereaksi buruk terhadap kehadirannya, atau berusaha menyentuh ular itu. Secara keseluruhan, saya rasa kita boleh mengatakan bahawa ular tidak seharusnya dibawa masuk ke dalam bas. ‘

Seorang ahli farmasi dikutip oleh Metro UK sebagai berkata: ‘Tidak ada sains yang menunjukkan bahawa kaedah ini dapat membantu mengurangkan risiko penularan atau risiko jangkitan dengan zarah-zarah udara.”

Dr Jessica May, doktor haiwan di FirstVet berkata: “Tujuan pelitup muka adalah untuk melindungi pemakainya dan orang di sekitarnya dengan memerangkap titisan lembap dari mulut dan hidung.”

Di UK, penggunaan pelitup muka pada pengangkutan awam adalah wajib, kecuali bagi mereka yang dikecualikan kerana usia, kesihatan atau kecacatan.

Walaubagaimanapun ada juga yang menyatakan uncle itu sebenarnya telah membuatkan semua orang di sekelilingnya menjaga jarak sosial.

“Itulah cara baru nak mengekalkan penjarakan sosial,” kata seorang pengguna Twitter.

Seorang lagi berkata: “Saya konfem akan menjarakkan diri daripada dia ni.”

Walaupun tak efektif mengekang virus, namun ianya efektif untuk penjarakan sosial.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai