Carlo Ancelotti Sedia Bantu Son Heung Min Naik Ke ‘Level’ Baru Dalam Kariernya

Carlo Ancelotti dilaporkan berminat untuk mendapatkan bintang Tottenham dan Korea Selatan, Son Heung Min.

Son Heung Min dikatakan sudah sedia untuk merasai cabaran baharu di dalam kariernya dan berpindah ke kelab lebih besar.

Song Heung Min mahu menaikkan lagi tahap kariernya yang ada sekarang.

Dan pengurus itu dikatakan sedia untuk membantu Son Heung Min naik lagi ke tahap baharu dalam kariernya dalam bola sepak dengan menyertai kelab gergasi seperti Real Madrid.

Carlo Ancelotti kini memantau perkembangan Son Heung Min di Spurs.

Pemain itu dianggap calon sempurna untuk menggantikan Eden Hazard yang terus gagal memberikan sebarang impak sejak menyertai Los Blancos.

Son Heung Min pemain yang boleh beraksi di mana mana posisi serangan di atas padang. Terutama sekali sayap kiri dan no.9

Son Heung Min mungkin akan tertarik untuk menyertai Real Madrid. Yang menawarkannya peluang lebih baik untuk memenangi trofi berbanding dengan Spurs. Terutama sekali dalam pentas tertinggi seperti Liga Juara Juara Eropah.

Bukan Real Madrid sahaja yang berminat dengan Son Heung Min. Malah beberapa kelab gergasi lain turut memantau perkembangan pemain itu.

Ini termasuk Liverpool dan  PSG.

PSG antara kelab yang sudah menyatakan minat mereka ke atas pemain Korea Selatan itu.

Namun Spurs masih yakin bahawa pemain itu akan terus kekal bersama dengan  mereka. Ini selepas kehadiran Antonio Conte dianggap memainkan peranan penting dalam usaha mengekalkan Son Heung Min.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai