Casemiro Jelaskan Tempo Permainan Real Madrid: “Apa Saja Ikut Kemahuan Kroos”

Casemiro akhirnya mendedahkan bagaimana penguasa tempo sebenar dalam pasukan Real Madrid adalah Toni Kroos. Kerana Real Madrid hanya akan bermain berdasarkan kemahuannya dari segi tempo.

Triden tengah Real Madrid

Toni Kroos merupakan pemain tengah yang sudah berstatus legenda di Real Madrid. Gandingan Kroos, Modric dan Casemiro merupakan trio tengah yang sudah lama bersama. Dianggap salah satu trio tengah paling padu dalam sejarah bola sepak.

Dan sudah tentunya menjadi antara trio tengah yang paling berjaya. Walaupun seringkali dianggap sudah berusia berdasarkan purata umur mereka, namun trio Real Madrid tersebut tetap bertahan dan menunjukkan kualitinya.

Trio tengah ini secara rasminya bergabung pada kali pertama pada 4 Oktober 2015. Modric dan Kroos menyerap tekanan dengan cara berbeza. Kroos akan membaca tekanan daripada pihak lawan lebih awal dan sentiasa bergerak ke kedudukan terbaik untuk menerima bola.

Seterusnya Luka Modric lebih awal bertindak ke atas untuk menekan lawan mahupun untuk melancarkan serangan. Modric melakukan playmaking dengan pergerakannya. Manakala Kroos dengan hantaran awalnya.

Paling bawah dari segi posisi pastinya Casemiro. Pemain yang akan melakukan dirty work apabila diperlukan. Oleh kerana kedua dua pemain Modric dan Kroos bukan pemain yang keras dan membentes lawan, maka Casemiro akan bertindak untuk kerja kerja defensif yang lebih keras di belakang mereka.

Oleh sebab itu, dari segi keseimbangan, trio tengah ini sangat solid dan mereka memiliki persefahaman yang sangat tinggi kerana sudah terlalu lama bermain bersama.

Dalam sejarah karier mereka, trio tengah ini sudah memenangi segalanya di peringkat kelab termasuk La Liga, Copa Del Rey, UCL, Piala Dunia Kelab, Piala Super Eropah, Piala Super Sepanyol malah, Ballon d’Or sekalipun dari kalangan mereka.

Terbaru gandingan trio tersebut membantu Real Madrid menjulang satu lagi trofi iaitu Piala Super Sepanyol yang diadakan di Arab Saudi baru baru ini.

Di mana Real Madrid menewaskan Athletic Bilbao pada perlawanan akhir.

Kroos sang penguasa tempo

Berbalik kepada perihal tempo permainan. Casemiro menjelaskan kepentingan Toni Kroos kepada rentak pasukan mereka. Pemain tengah antarabangsa Brazil itu berkata:

“Permainan Real Madrid sentiasa mengikut rentak Toni Kroos. Kalau dia mahu kami perlawanan, kami akan bergerak perlahan.”

“Jika dia mahu kami melaju, maka kami akan melaju. Dia menentukan segalanya.”

Kroos yang merupakan pemain yang sangat bijak dalam membaca pergerakan lawan. Seringkali bertindak lebih awal daripada pemain lain, sama ada ketika bertahan mahupun ketika melancarkan serangan.

Kehebatan Kroos dari segi game reading membuatkan dia sangat bagus dalam menentukan tempo permainan pasukannya. Kerana, tidak sepanjang masa sesebuah pasukan itu harus bergerak pantas. Ada masanya mereka perlu memperlahankan tempo permainan.

Sangat penting untuk sesebuah pasukan itu ada diktaktor dalam tempo permainan. Sebab itu seringkali pengulas menggunakan istilah dictate the tempo permainan.

Dalam kes ini, Real Madrid memiliki seorang penguasa tempo antara yang terbaik dalam generasinya kalau pun dia bukan yang terbaik di mata korang.

Aset lain yang ada pada Toni Kroos sudah pastinya hantaran panjangnya yang luar biasa. Dia mampu menjangkau mana mana pemain di atas padang dengan hantaran yang tepat dan padu.

Prestasi Real Madrid

Real Madrid kini berada dalam landasan terbaik untuk merampas semula kejuaraan La Liga dari seteru sebandar mereka Atletico Madrid.

Dengan prestasi semasa mereka secara berpasukan ataupun secara individu yang dijelmakan Karim Benzema dan Vinicius Junior.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai