Casemiro Pujuk Neymar Sertai Manchester United

Neymar ke Manchester United kelihatan agak mustahil dalam beberapa tahun lalu. Namun kini ianya tidak lagi.

Pemain antarabangsa Brazil itu kini dikaitkan dengan perpindahan ke Old Traffod.

Casemiro menjadi penyokong nombor satu untuk idea ini. Dia dilaporkan sedang memujuk pemain itu untuk datang menyertainya.

PSG sedia menjual atau meminjamkan Neymar ke kelab lain musim hadapan untuk mengurangkan beban gaji pemain di kelab itu.

Musim ini lagi PSG cuba menjual Neymar namun gagal.

Kerana banyak konflik berlaku. Neymar enggan dikurangkan gaji di kelab baharu kecuali Barcelona sahaja.

Barca pula tidak boleh menandatangani Neymar kerana disekat mendaftarkan pemain baru.

Seterusnya, Neymar tidak mahu meninggalkan PSG dengan menjadikan alasan kelab itu sudah melanjutkan kontraknya sebelum ini.

Galtier antara individu yang menyatakan dia sedia melepaskan Neymar. Dan berharap PSG dalam menggunakan wang gaji Neymar untuk melanjutkan kontrak Messi.

Kini Messi sudah pasti akan meninggalkan PSG. Kelab itu masih tidak menukar pendirian mereka soal Neymar.

L’Equipe melaporkan, kini Man United berminat mendapatkan Neymar.

Neymar akan menjadi tambahan kepada barisan serangan Man United. Prestasi pemain seperti Antony dan Jadon Sancho agak kurang memuaskan kerana isu konsistensi.

PSG sedia melepaskan Neymar secara pinjaman.

Neymar kini dalam proses pemulihan daripada kecederaan. Dia sendiri dilaporkan memang terbuka mahu meninggalkan PSG.

Namun dengan syarat gajinya harus kekal selama mana baki kontraknya yang tinggal di PSG.

Seterusnya, hubungan Neymar dengan penyokong PSG sudah retak.

Di mana berlaku protes anti Neymar sekali lagi daripada ultras PSG.

 

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang