Casey Stoner Simpati Nasib Rossi & Sarankan: “Jangan Turun Kasta Sertai Petronas Yamaha SRT”

Bekas pelumba MotoGP, Casey Stoner, mengaku merasa sedih saat mengetahui bahwa Valentino Rossi akan turun kasta ke pasukan satelit pada musim depan.

Sekaligus tidak akan beraksi dalam pasukan pengeluar. Ini kerana pelumba itu dilaporkan hampir pasti menyertai Petronas Yamaha SRT.

Tahun ini akan menjadi musim terakhir Rossi mewakili pasukan pengeluar Monster Energy Yamaha setelah posisinya digantikan oleh Fabio Quartararo, yang akan bergandingan dengan Maverick Vinales pada 2021-2022.

Rossi sebelum ini menyatakan beliau menarik semula pertimbangannya untuk bersara dan mahu meneruskan lagi karier perlumbaannya.

Rossi semakin panas dikaitkan dengan pasukan dari Malaysia iaitu Petronas Yamaha SRT. Bos pasuka satelit Yamaha SRT –  Razlan Razali mengatakan bahawa kedua belah pihak tengah berunding.

Casey Stoner sedih, dan meminta Rossi jangan membuat keputusan turun kasta itu. Kerana beliau yakin Rossi masih mampu menarik minat beberapa pasukan pengeluar yang lain walaupun sudah 40 tahun.

Casey Stoner pada masa yang sama terkilan dengan layanan oleh Yamaha kepada Rossi. Menurutnya, selepas apa yang Rossi berikan, Yamaha patut memberikan perpisahan yang lebih baik.

“Rasanya sangat kecewa saat melihat seorang pelumba yang pernah diinginkan semua pasukan, kini diperlakukan seperti ini.”

“Dulu semua pasukan rela membayar mahal agar Valentino Rossi bergabung dengan mereka.”

“Tapi kini ternyata beliau dibuang ke pasukan satelit,” ujar Casey Stoner kepada GP One.

“Saya rasa dia masih memiliki potensi untuk menjadi juara dan mencatatkan keputusan hebat.”

“Saya tidak meragukannya, bakatnya belum hilang begitu saja. Menyedihkan rasanya, apabila mengetahui bahawa beliau tak lagi menjadi ancaman dalam perebutan podium seperti dahulu,” jelas beliau lagi.

Rossi menyatakan beliau akan mengumumkan secara rasmi pasukan baharunya selepas tamat musim ini.

Bos LCR turut sependapat

Sebelum ini Bekas pelumba dan pemilik pasukan LCR, Lucio Cecchinello, menganggap langkah Valentino Rossi untuk ke Petronas adalah pilihan yang kurang tepat.

Bercakap kepada Tuttomotoriweb, Cecchinello memperlekehkan perkembangan tersebut sambil menganggap ia tidak setaraf dengan Rossi.

Cecchinello berkata: “Seorang pelumba tidak akan pernah ingin mengakhiri karier seperti itu.”

Ketika ditanya siapakah lebih bagus, Rossi atau Marquez, Cecchinello memilih Marc Marquez.

“Saya pilih Marc Marquez kerana setiap sukan akan ada evolusi. Ada perubahan evolusi secara semulajadi. Kita semua patut buat tugu penghormatan kepada Rossi di setiap litar, kerana beliau membantu menaikkan sukan ini ke satu tahap baru, menjadikan sukan ini sangat popular. Ia luar biasa.”

“Namun kalau nak melihat dari sudut kesukanan, saya akan pilih Marquez kerana dia menaikkan penanda aras.”

 

Sejak tampil di kelas utama pada 20 tahun lalu, Rossi selalu menjadi pelumba pasukan pengeluar utama. Baik ketika mewakili Honda, Yamaha, dan Ducati.

Bekas penguus Rossi, Carlo Pernat meramalkan Rossi dan Petronas akan berdepan dengan banyak kesulitan di dalam rundingan mereka.

Rossi pastinya cuba meminta gaji yang setinggi yang boleh walaupun harus menerima hakikat gajinya mungkin akan kurang daripada yang dia dapat sebelum ini.

Selain daripada Petronas, beberapa pasukan lain turut berminat mahu mendapatkan Rossi. Namun begitul Petronas dilkatakan sedang mendahului pasukan yang lain untuk mendapatkan khidmat The Doctor.

Petronas Yamaha Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT) sebelum ini menyatakan bahawa mereka membuka ruang kepada mana-mana pelumba yang dilihat berpotensi menggantikan slot Fabio Quartararo yang bakal menyertai pasukan pengeluar utama Yamaha pada musim 2021.

Dan turut menyatakan mereka sedia untuk merisik legenda Valentino Rossi.

“Setakat ini, kami masih tidak mempunyai apa-apa perancangan. Kami masih melihat sesiapakah yang layak memasuki pasukan kami. Sudah tentu, keutamaan kepada Malaysia yang berpotensi dan mempunyai prestasi yang baik di Moto2 untuk layak menyertai pasukan ini,” kata Prinsipal Pasukan, Datuk Razlan Razali ketika diminta mengulas mengenai isu Rossi.

“Mengenai Valentino Rossi, andai dibaca… ada artikel yang mengatakan dia mahu ke pasukan ini. Ini satu penghormatan buat pasukan tetapi kami masih belum ada perbincangan atau masih belum mempunyai niat untuk mengambil dia setakat ini.”

“Adakah ada kemungkinan?. Bagi saya, ia berkemungkinan sekiranya Rossi sendiri berjumpa dengan kami dan membincangkan minatnya untuk menyertai pasukan… di situ barulah kami buka ruang perbincangan, bukan saja bersama Rossi tetapi juga PETRONAS secara keutamaannya.

“Selain Rossi ataupun pelumba Malaysia yang ada (di Kejuaraan Motosikal Dunia), kami juga akan melihat pelumba di (saingan) Moto2 yang pasukan boleh bangunkan sebagaimana dilakukan pasukan terhadap Quartararo sebelum ini.”

Buat masa ini hanya Franco Morbidelli yang masih belum diketahui arah tujunya untuk musim 2021 namun Razlan percaya akan ada satu perbincangan dilakukan pelumba dari Itali itu pada ujian rasmi pra musim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang, minggu depan.

“Kami mengharapkan Morbidelli dapat buat yang terbaik untuk tahun ini. Setakat ini, tidak ada perancangan untuknya lagi bagi tahun 2021 dan saya yakin dia akan berbincang pada ujian pra musim, minggu depan,” tambah beliau lagi.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai