Catat Rekod Tanpa Menang 6 Perlawanan, De Zerbi Akui Tak Suka 80% Pengadil Inggeris

Pengurus Brighton & Hove Albion Roberto De Zerbi mengkritik pengadil Inggeris dan VAR selepas pasukannya kehilangan dua mata ketika seri 1-1 dengan Sheffield United pada Ahad berikutan kad merah yang menyebabkan pasukannya terpaksa bermain 10 pemain.

Dengan Brighton mendahului 1-0,  pemain tengah Mahmoud Dahoud dibuang padang dengan kad merah terus kerana bentesan pada kaki Ben Osborn. Pengadil menganggap bentesan itu bahaya dan bukan untuk memenangi bola.

Kad merah itu serta-merta menaikkan semangat Sheffield United. Di mana pasukan pelawat menjaringkan gol lima minit kemudian untuk mengutip mata berharga dan melanjutkan rekod tanpa kemenangan Brighton kepada enam perlawanan dalam liga Perdana Inggeris sahaja.

Dalam semua pertandingan Brighton terus bergelut musim ini. Mereka sebelum ini disingkirkan Chelsea daripada Piala Liga. Dan masih tak menang dalam 4 perlawanan terakhir mereka.

De Zerbi turut dilayangkan kad kuning oleh pengadil John Brooks sejurus selepas Sheffield United menyamakan kedudukan apabila pengurus asal Itali itu hilang sabar dan mula menjerit di garisan tepi.

“Saya jujur ​​dan jelas, saya tidak suka 80% pengadil Inggeris. Ia bukan perkara baharu, saya tidak suka mereka… Tingkah laku mereka, saya tidak suka gelagat mereka di atas padang,” De Zerbi berkata.

“Jika saya melihat peraturan baharu itu adalah kad merah, jelas. Tetapi saya adalah pemain dan dinamik situasi bukanlah kad merah, tetapi kami perlu menerima (keputusan). Dahoud tahu kesilapan tetapi ia boleh berlaku.”

Pegawai perlawanan dan VAR telah menjadi tumpuan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini selepas gol Luis Diaz dibatalkan ketika menentang Spurs sebelum ini.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta turut mengkritik pengadilan dan VAR ketika tewas 1-0 di Newcastle United, berkata dia berasa “malu” dan “sakit” selepas gol kontroversi dengan tiga pemeriksaan VAR menamatkan rekod tanpa kalah mereka dalam liga.

“England adalah satu-satunya negara di mana, apabila ada VAR, anda tidak pasti keputusan itu betul,” tambah De Zerbi.

“Di negara lain anda perlu memastikan pengadil adalah 100% betul. Di England tidak, dan saya tidak dapat memahami.”

 

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai