Cerai Dengan Isteri, Hulk Kahwin Anak Buah Bekas Isteri Pula

Mungkin ramai dah tahu cerita ni, di mana Hulk menjalinkan hubungan asmara dengan anak buahnya (sebelah bekas isteri), sebaik sahaja bercerai pada tahun lalu.

Dan hanya 3 bulan selepas bercinta, Hulk berkahwin dengan anak buahnya itu.

Hulk secara rasmi bercerai dengan Iran Angelo, 33, pada Julai lalu selepas 12 tahun berkongsi hidup sebagai suami isteri.

Tetapi Hulk tak menunggu lama untuk menyambar anak buah isterinya iaitu Camila Angelo, 31, yang mulai bercinta dengan Hulk beberapa bulan selepas bercerai.

Camila Angelo memang anak buah kegemaran Hulk sebelum ni. Selalu bersama dengan dia dan isterinya. Lagipun memang Camilla kawan baik kepada bekas isteri Hulk walaupun mereka ada pertalian persaudaraan sebagai mak cik dan anak buah.

Hulk dan Camila berkahwin pada minggu lalu. Dan mereka masih menunggu visa untuk Camila bagi membolehkan isteri barunya itu tinggal bersamanya di China.

Beberapa kiriman oleh Hulk di Instagram mengesahkan bahawa kedua dua pasangan sudah berakhwin dengan adanya cincin – ditambah dengan emoji cincin kahwin pada bio beliau.

View this post on Instagram

🙏🏽❤️⭐️💍

A post shared by Givanildo V. De Sousa- Hulk (@hulkparaiba) on

Hulk dengan mak cik isterinya ada 3 orang anak hasi daripada perkahwinan mereka selama 12 tahun.

Kedua duanya sebelum ini tinggal di China sejak si Hulk bermain di Liga Super China.

Hulk pernah menghubungi ayah dan ibu Camilla untuk mengesahkan perhubungan mereka.

Hulk sendiri juga meminta agar tidak perlu merahsiakan hubungan mereka walaupun tahu ramai yang bakal mengecamnya.

Hulk sudah memadam kesemua gambar mak cik kepada Camilla – bekas isterinya – di Instagram.

View this post on Instagram

♥️

A post shared by CAMILA ÂNGELO (@camiilaangelo) on

Hulk merupakan antara pemain import yang disanjungi di Liga Super China kerana seorang yang sentiasa komited.

Malah dahulu, ramai yang membandingkan Carlos Tevez dengan Hulk. Tevez dilihat datang ke China semata mata kerana duit.

Hulk pula, walaupun datang kerana duit tetapi dia memberikan komitmen yang sangat baik. Tak pernah berlagak star dan tak pernah ponteng latihan.

Buat masa ini, Liga Super China masih ditangguhkan gara-gara Covid-19. Masih belum dapat dipastikan lagi, bilakah liga mereka akan bersambung kembali.

China merupakan pusat pemula kepada wabak koronavirus pada akhir tahun lalu. Namun mereka sudah berjaya mengatasi darurat wabak tersebut dengan lebih banyak kes sembuh berbanding dengan kes baharu.

Hulk sudah menjaringkan 45 gol dalam 84 penampilan di CSL sejak menyertai Shanghai SIPG.

Beliau membantu Shanghai SIPG menang Liga Super China pada 2018 dan kemudian Piala Super China pada awal musim 2019. Beliau menjadi nadi penting pasukannya dalam kedua dua kejuaraan itu.

Hulk merupakan pemain yang boleh bermain di kesemua posisi serangan termasuk no.9, penyerang sayap dan juga no.10.

Gaya permainan beliau adalah lasak dan lincah. Samalah dengan gayanya di luar ketika beraksi depan perempuan. Lain macam kan.

Baca yang lain