Chelsea ‘All Out’ Nak Dapatkan Kai Havertz, Bagaimana Dengan Nasib Kante Dan Jorginho?

Chelsea dilaporkan mahu mendapatkan playmaker muda Bayer Leverkusen, Kai Havertz pada jendela perpindahan akan datang.

The Blues dijangka akan melengkapkan perpindahan £53 juta untuk Timo Werner.  Dan seterusnya mahukan Havertz untuk menyertai pemain itu.

Menurut laporan Daily Mail, Chelsea mahu membelanjakan wang perpindahan mereka sebelum ini dan hasil penjualan pemain untuk beberapa pemain pada perpindahan akan datang.

Namun Kai Havertz tak akan dijual murah. Sebelum ini Bayer Leverkusen meletakkan tanda harga sekurang-kurangnya £75 juta untuk pemain muda mereka itu.

Chelsea sudah membayar £38 juta untuk Hakim Ziyech dari Ajax.

Impak kepada bahagian tengah

Jika Havertz menyertai Chelsea, ini bermakna ada salah seorang pemain tengah yang mungkin akan dijual. Posisi terbaik Havertz adalah no.10.

Jadi, Chelsea akan menghadapi lambakan pemain tengah.

Saya jangkakan ini akan membuka peluang kepada Jorginho kembali semula ke Itali.

Ini selepas Sarri dilaporkan mahu mendapatkan pemain itu kembali bermain di bawah kendaliannya.

Jika keadaan ini berlaku, Chelsea akan menolak semula N’golo Kante ke posisi DM.

Chelsea memiliki skuad depth yang kuat di bahagian tengah. Namun mereka memerlukan kreativiti daripada Havertz, benda yang mereka tak ada.

Kante bukan pemain yang kreatif.

Havertz juga boleh bermain di banyak posisi di serangan. Jadi ini akan memberikan tambahan berguna kepada pasukan mereka.

Namun musim ini Jorginho sangat penting untuk Lampard. Ini bermaksud, Kante juga tidak ada jaminan untuk selamat di dalam penstrukturan semula ini.

Kepulangan pemain seperti Loftus Cheek akan menambahkan lagi squad depth mereka.

Ross Barkley antara nama yang sangat terancam daripada aksi pasukan utama, jika beliau masih mahu minit yang banyak untuk menyelamatkan kariernya di England.

Selain itu Chelsea turut memiliki pemain lain seperti Mason Mount.

 

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai