Chelsea Bakal Dapat Malang Percuma

Penjagaan pengurus Chelsea, Frank Lampard semakin agresif di pasar perpindahan musim panas 2020.

Daily Mail melaporkan bahawa Chelsea yakin akan mendapatkan pemain pertahanan berbakat iaitu Malang Sarr.

Chelsea dilaporkan bersedia memuktamadkan perpindahan Malang Sarr selewat-lewatnya hujung minggu ini. Lebih lebih lagi pemain berusia 21 tahun itu akan bergelar ejen percuma.

Ini bermakna Chelsea boleh mendapatkan perkhidmatan Malang Sarr secara percuma. Kehadiran pemain Perancis itu diharapkan dapat memperbaiki kelemahan pertahanan Chelsea yang agak malang pada musim 2019/20 apabila menjadi pasukan top 4 yang paling banyak bolos.

Musim 2019/2020, Malang Sarr menjadi pemain utama di barisan pertahanan oleh Nice. Malang Sarr muncul 19 kali di dalam aksi Ligue 1 musim 2019/20.

Usia mudanya menjadikan Malang Sarr sebagai pemain berpotensi untuk Chelsea. Seperti diketahui, pengurus Frank Lampard sedang berusaha untuk meremajakan skuad di Chelsea.

Telefoot pula melaporkan bahawa terma peribadi sudah dipersetujui dengan pemain tersebut. Cuma masih dalam proses memuktamadkan perjanjian.

Kehadiran Malang Sarr akan membuatkan Fikayo Tomori dijangka akan dipinjamkan ke kelab lain.

Chelsea setakat ini membawa dua pemain baru. Kelab London Barat mengeluarkan £93 juta untuk menandatangani Timo Werner dari RB Leipzig dan Hakim Ziyech dari Ajax.

Malang Sarr dilaporkan akan berpasangan dengan Thiago Silva dalam pertahanan Chelsea. Pemain Brazil itu juga dipercayai akan menyertai Chelsea setelah kontraknya di Paris Saint-Germain berakhir pada 31 Ogos 2020.

Chelsea menjadikan Thiago Silva sebagai penyelesaian jangka pendek untuk melengkapkan barisan belakang berdasarkan kontrak yang tidak panjang ditawarkan kepada beliau.

Dilaporkan Chelsea hanya menawarkan Thiago Silva dengan kontrak hanya setahun. Thiago Silva baru menamatkan kempen UCL bersama dengan PSG.

Di mana kelab Paris tersebut tewas 1-0 di final di tangan Bayern Munich.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai