Chelsea Dan Wolves Dituduh Main Kotor Jual Pemain Ke Arab Saudi

Telegraph secara eksklusif melaporkan sudah ada beberapa kelab di Eropah tidak berpuas hati dengan Chelsea dan Wolves.

Di mana dua kelab itu dituduh cuba melarikan diri mereka daripada kesalahan FFP dengan menjual pemain mereka ke Arab Saudi.

Wolves dan Chelsea sebelum ini berdepan masalah menjual pemain pada tanda harga mereka mahukan kerana ada kelab cuba bermain harga dengan 2 kelab itu.

Kerana kelab seperti Chelsea diketahui perlu mendapatkan hasil jualan sebanyak mungkin selepas berbelanja lebih £550 juta pada musim lalu.

Misalnya kelab seperti Man United tidak mahu membeli Mason Mount dengan nilai £80 juta. Arsenal pula tidak sanggup membayar Havertz £75 juta.

Namun untuk kes Havertz, rundingan masih positif sebab Arsenal dan Chelsea dikatakan mungkin akan mencapai kesepakatan £65 juta setelah Chelsea sedia menerima £70 juta dan Arsenal sedia membayar £60 juta.

Chelsea dilaporkan telah secara aktif melobi beberapa kelab di Arab Saudi untuk mendapatkan pemain mereka.

Chelsea sedia menerima bayaran untuk Kalidou Koulibaly, Hakim Ziyech dan Eduoard Mendy dengan harga lebih tinggi berbanding yang ditawarkan kelab kelab di Eropah.

Wolves sebelum ini sudah berjaya menjual Ruben Neves dengan nilai perpindahan sekitar £50 juta ke Al Ittihad.

Lantas kelab kelab pesaing Chelsea dan Wolves menganggap 2 kelab itu sedang cuba melarikan diri daripada penjara FFP dengan taktik kotor.

Mereka meminta 2 kelab itu disiasat dan dikenakan tindakan.

Ini untuk mewujudkan persaingan adil di dalam jendela perpindahan pemain dan pengurusan kewangan.

Memandangkan Arab Saudi tidak terikat dengan peraturan FFP milik UEFA. Negara itu sedia melabur £500 juta pada jendela perpindahan kali ini. Membuatkan kelab kelab di Eropah mulai risau dengan perkara itu.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai