Chelsea Pecat Graham Potter Dan Mahukan Nagelsmann

Walaupun sebelum ini pengurusan tertinggi Chelsea menyatakan bahawa mereka akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada Graham Potter.

Namun itu tidak bermakna pengurus tersebut selamat daripada pemecatan. Chelsea memang dikenali dengan budaya memecat pengurus mereka.

Dan ianya juga antara formula kejayaan mereka pada era Roman Abramovich.

Pemilik baharu pasukan Chelsea Todd Boehly sebelum ini menegaskan bahawa mereka tidak akan menilai prestasi Graham Potter pada musim ini.

Mereka akan menilai prestasi pengurus itu bagi musim hadapan. Hal ini kerana Graham Potter mengambil alih pasukan tersebut dari daripada Thomas Tuchel pada pertengahan jalan.

Selepas berbelanja lebih €400 juta pada skuad Potter dan keseluruhan lebih €600 juta pada musim ini, Potter masih gagal membentuk pasukan yang mantap.

Pengurus itu terus gagal membawa Chelsea ke 4 teratas. Dan lebih teruk, kekalahan terbaru di tangan Aston Villa baru baru ini membuatkan Chelsea berada di luar 10 teratas.

Dan ianya telah membuatkan isu tentang kedudukan Potter dibincangkan buat pertama kali.

Akhirnya lembaga pengarah Chelsea sebulat suara memilih untuk memecat pengurus tersebut.

Chelsea mengucapkan terima kasih kepada Potter di atas jasa dan baktinya.

Beberapa nama dikaitkan dengan jawatan panas di Stamford Bridge itu. Antaranya ialah Julian Nagelsmamn.

Pengurus yang dipecat oleh Bayern dan digantikan dengan Tuchel sebelum ini.

Menurut Fabrizio Romano nama Julian Nagelsmamn disebut dalam perbincangan antara pengurusan tertinggi Chelsea.

Baca yang lain