Chelsea Sertakan Wener + Cash Untuk Dapatkan De Light, Namun Juve Mahu Jojo

Calcio Mercato melaporkan bahawa, Chelsea sedia menjadikan Timo Werner sebagai pemain yang akan disertakan di dalam perjanjian mendapatkan Mathijs De Ligt.

Laman web tersebut membuat laporan yang agak mengejutkan, di mana Chelsea memburu bek tengah Juventus itu dalam pasaran perpindahan kali ini.

Sebelum ini Chelsea dikatakan turut menawarkan wang + Kurt Zouma dalam perjanjian namun Juventus menolaknya.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa, Juventus lebih mahukan pemain tengah jika Chelsea mahu menyertakan pemain + cash dalam perjanjian ini.

Antara pemain yang Juventus mahukan ialah Jorginho. Juventus memang terkenal dengan penandatanganan pmain tengah sejak sekian lama. Sama ada mereka membeli ataupun mendapatkan secara percuma.

Jorginho pemain cemerlang membantu Itali meenjuarai euro 2020. Beliau sebelum ini pernah cuba dibawa Sarri ke Juventus.

Namun usaha itun ditentang oleh ramai pihak di Juventus termasuk penyokong mereka.

Timo Werner dijangka tidak kehilangan tempatnya daripada kesebelasan utama Chelsea setelah kedatangan Romelu Lukaku.

Lukaku akan menyertai semula The Blues dengan rekod perpindahan kelab EUR115 juta.

Werner menyertai Chelsea pada musim lalu. Gagal untuk memberikan prestasi lebih baik seperti yang diharapkan.

Tuchel dikatakan tidak yakin Chelsea akan mencabar kejuaraan Liga jika bergantung kepada Werner dan Tammy Abraham di hadapan gol.

De Ligt merupakan bek tengah yang pernah menjadi rebutan banyak kelab ketika di Ajax. Dan kemudian, Juventus memenangi persaingan mendapatkan De Ligt kerana sanggup menerima syarat Raiola yang mahukan ada klausa pelepasan dimasukkan dalam kontrak beliau.

Tuchel merasakan De Ligt pemain paling sesuai menggantikan Thiago Silva untuk jangka masa panjang. Pemain Brazil itu akan berusia 37 tahun pada bulan hadapan.

Namun buat masa ini Juventus tidak mahu menjual De Ligt. Ini kerana pemain itu juga dianggap pengganti ideal kepada Leonardo Bonucci atau Chiellini yang sudah semakin berusia.

Kontrak semasa De Ligt masih ada sehingga 2024 selepas beliau menyertai Juventus dua tahun yang lalu.

Baca yang lain