‘Chief Auditor’ UEFA Ini Dedah Dia Ada Bukti Man City Menipu Tajaan Guna Wang Pemilik Kelab

Masih lagi berkaitan dengan pertuduhan salah laku ke atas Manchester City oleh Premier League, bekas Perdana Menteri Belgium yang juga bekas pegawai audit kewangan UEFA yang menyiasat kes salah laku City beberapa tahun lalu iaitu, Yves Leterme tidak terkejut dengan pertuduhan ke atas kelab itu.

Kerana menurutnya, dia sudah lama tahu Manchester City melakukan penipuan dan pelanggaran kewangan.

Leterme menjadi pegawai penyiasat yang paling dibenci di Manchester City kerana sudah menghantui kelab itu beberapa tahun lamanya.

Dia malah menyatakan bahawa dia boleh menjadi saksi kepada salah laku Manchester City berdasarkan beberapa bukti yang ada padanya, hasil siasatan yang dia lakukan bersama dengan pasukannya.

Yves Leterme turut menuduh Man City sebagai tidak pernah ambil peduli soal peraturan kewangan UEFA dan melakukan apa sahaja mereka suka dengan wang yang mereka ada.

“Mereka adalah kelab yang sangat kurang transparen dalam laporan aliran kewangan kelab mereka. Dengan pasukan peguam handalan yang mereka ada, mereka mampu mematahkan apa sahaja hasil kerja daripada pegawai audit.”

“Ada bukti menunjukkan bahawa duit tajaan itu sebenarnya duit yang dibayar oleh pemilik kelab kepada syarikat penaja tersebut dan kemudian dibayar sebagai tajaan kepada kelab.”

“Kemudian ada keraguan yang jelas dalam kontrak tajaan tersebut.”

Leterme menegaskan bahawa dia menyokong langkah Premier League dalam menentang salah laku Manchester City dan menghukum kelab itu.

Namun dia memberikan amaran bahawa City akan melakukan perkara yang sama mereka lakukan ke atas badan siasatan UEFA beberapa tahun lalu.

Di mana mereka berjaya membatalkan hukuman oleh UEFA atas alasan beberapa pertuduhan ke atas Manchester City adalah sudah terlalu lama dan tidak relevan lagi.

Selain itu, CAS juga menganggap bukti yang dikemukakan tidak konklusif.

Man City pada Februari 2020 dikenakan penggantungan 2 musim daripada aksi UCL bermula musim 2021/22 sehingga 2022/23 dan denda EUR30 juta.

TERKINI: Manchester City Digantung Dua Tahun Dari UCL Kerana Kesalahan FFP

Mahkamah Timbang Tara Sukan kemudian membatalkan penggantungan tersebut dan mengurangkan denda hanya kepada EUR10 juta sahaja.

Laterme kecewa apabila mengenangkan semula perkara itu dan berkata:

“Bagaimanapun, nasib baik masih ada email dan penyata bank yang kami simpan sebagai bukti. Saya yakin bahawa penipuan telah dilakukan di Manchester City.”

“Masalahnya UEFA tidak boleh melawan keputusan daripada CAS. Mahkamah CAS sentiasa menganggap beberapa hukuman terlalu berat.”

Leterme yakin City bukannya mudah untuk dikalahkan dalam perkara ini. Namun dia lega apabila dimaklumkan bahawa Peraturan Liga Perdana Inggeris melarang campur tangan CAS dalam pengadilan yang dibuat oleh mereka.

Ini bermakna, Man City hanya boleh merayu keputusan ini di panel bebas yang lain di UK – jika mereka didapati bersalah.

Tetapi, pada masa yang sama Premier League juga boleh melawan balik rayuan tersebut menggunakan panel suruhanjaya bebas yang lain.

Mengulas tentang peraturan Premier League yang melarang campur tangan CAS, Leterme berkata: “Ini akan membuatkan kes ini semakin kuat. Dan satu lagi elemen, skop dakwaan ini sekarang lebih luas daripada yang dibuat oleh UEFA sebelum ini, semaunya dalam tempoh yang lebih baik,” kata Leterme merujuk kepada laporan terdapat senarai lebih 100 kesalahan Man City.

CAS Bebaskan City Daripada Penggantungan Dua Tahun

“Kes ini menjadi kuat, terutama sekali Premier League tidak tertakluk kepada beberapa kawalan ketat dalam siasatan mereka,” kata Leterme yang merujuk kepada Premier League diberikan akses lebih banyak kepada bukti Man City berbanding mereka dulu. Di mana Man City didapati tidak memberikan kerjasama kepada mereka.

“Saya akan mengikuti perkembangan kes ini dengan minat mendalam ke atas apa yang sedang berlaku sekarang,” tutup beliau.

BACA JUGA:

Mourinho Cuma Nak Tahu, Kejuaraan City 2018 Dilucutkan? Bermakna Man United Juara!

TERKINI: CAS Terima Dokumen Rayuan Manchester City

Kenali Lawyer Yang Dibayar RM108,540 Sehari Bebaskan City Dari Hukuman & Pernah Halang Brexit 2 Kali