Chiellini Geli Hati Terkenang Peristiwa Tarik Saka: “Itu Meme Paling Ikonik Pada Euro”

Legenda Itali, Giorgio Chiellini ketawa geli hati apabila mengenangkan insiden yang terkenal ketika dia menarik baju pemain England, Bukayo Saka semasa perlawanan akhir Euro 2020.

Skuad kendalian Roberto Mancini memenangi kejuaraan selepas perlawanan akhir yang membuatkan England menggigit kuku di Wembley, Luke Shaw memberikan England permulaan yang sempurna tetapi gol daripada Leonardo Bonucci menjadikan kedudukan 1-1 selepas 90 minit.

Itali akhirnya muncul di sebagai juara selepas penentuan sepakan penalti yang tegang.

Tetapi sebelum itu, pertahanan tengah yang berpengalaman menyebabkan penyokong England berang selepas dia menarik Saka sampai terhatuh ketika penyerang itu cuba memecah masuk ke pertiga terakhir.

Pemain pertahanan itu cuba melindungi bola daripada permainan di garisan tepi tetapi Saka berjaya mencuri bola daripada pemain Itali itu.

Dengan ruang yang besar di hadapan pemain lincah Arsenal di sebelah kanan, Saka melihat untuk melepasi Chiellini dan mahu memiliki ruang yang besar untuk menghasilkan gol.

Chiellini yang melihat itu sebagai satu ancaman yang sangat bahaya telah memutuskan untuk membuat tactical foul dengan menarik baju Saka.

Manalah penyokong England tak berang apabila mereka melihat salah seorang pemain berbakat terbaik pasukan itu terseret ke tanah pada kedudukan dia baru mencetuskan serangan kilat membunuh.

Hampir setahun telah berlalu sejak kejadian itu dan legenda Juventus itu telah menonton semula aksinya terhadap Saka dan mengakui bahawa dia tidak mempunyai pilihan selain melakukan kekasaran itu.

Chiellini berkata: “Ini menjadi simbol Euro 2020 secara keseluruhan. Meme yang paling banyak digunakan pada musim panas 2021.”

“Ia mungkin satu-satunya kesilapan yang saya lakukan semasa Euro.”

Dia menambah: “Ia adalah pada minit ke-90 dan saya akan membaca pergerakan bola, memikirkan saya boleh mengawalnya daripada permainan apabila saya benar-benar boleh mengawalnya.”

“Tetapi saya yakin saya boleh meletakkan badan saya di antara Saka dan bola dan membiarkannya bola keluar dari permainan, tetapi dia berlegar di sekeliling saya.”

“Apabila dia mulai berlegar dari belakang dan mempunyai ruang untuk diserang, reaksi saya adalah untuk menangkapnya. Dan saya menangkapnya dengan baik!”

Malang Saka tidak terhenti di situ. Dia juga gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila penjaga gol Itali meneka dengan tepat dan melakukan penyelamatan untuk memastikan Itali bergelar juara Eropah.

Pemain Manchester United, Marcus Rashford dan Jadon Sancho juga gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika pasukan kendalian Gareth Southgate berada sangat hampir untuk memenangi trofi utama pertama sejak 1966.

Sejak memenangi Euro, prestasi Itali merosot secara drastik apabila mereka gagal mendapatkan tempat ke Piala Dunia 2022 di Qatar, selepas tewas kepada Macedonia Utara pada pusingan play off. England akan mempunyai peluang untuk memperbaiki kedudukan kedua mereka setahun yang lalu kerana mereka ingin membawa pulang Piala Dunia.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai