CIES: 10 Skuad Termahal, Liverpool Top, Chelsea Atasi United

CIES telah mengeluarkan ranking terbaru 10 skuad termahal di dunia ketika ini.

Nilai ini adalah berdasarkan nilai pemain yang dimiliki oleh skuad. Jadi kalau korang nak beli kesemua pemain yang ada di dalam skuad itu, inilah nilainya.

Nilai pemain mengambil kira, umur, kontrak, prestasi semasa dan juga pencapaian mereka.

Selain itu, CIES turut meletakkan nama pemain paling mahal di dalam skuad tersebut.

1. Liverpool – €1.41b

Tidak hairanlah kenapa Liverpool berada di atas dengan nilai keseluruhan €1.41 billion.

Ini kerana mereka memiliki penjaga gol terbaik dunia, bek tengah terbaik dunia, dua fullback paling bernilai dan juga memiliki trio serangan paling mahal.

Pemain paling mahal adalah Mohamed Salah dengan €115.6 juta.

2. Manchester City – €1.36b

Man City berada kira-kira €100 juta di belakang Liverpool. Skuad yang sarat dengan bintang dan ramai yang masih berada di peak mereka.

CIES mengiktiraf Raheem Sterling sebagai paling mahal dengan nilai €223.7 juta. Jauh lebih mahal daripada Mo Salah.

3. Barcelona – €1.17b

Barcelona kini berada di tangga ketiga. Mereka mendapatkan pemain seperti Coutinho, Dembele dan Griezmann dalam beberapa perpindahan, dengan ketiga tiganya di atas harga €110 juta.

Namun pemain paling bernilai, tak syak lagi adalah Lionel Messi dengan €123.6 juta, walaupun berusia 33 tahun. Satu satunya pemain atas 30 tahun diletakkan CIES bernilai di atas €100 juta.

4. Real Madrid – €1.1b

Real Madrid berada di tangga keempat dalam carta skuad paling bernilai. Pemain paling tinggi harga menurut CIES adalah Eden Hazard. Namun nilainya hanya €90.3 juta.

Nilai itu jatuh €40 juta daripada nilai ketika beliau dibeli Real Madrid.

Real Madrid ramai pemain muda yang berbakat. Tetapi pada masa yang sama ramai pemain senior yang menuju ke fasa akhir karier.

5. Chelsea – €1b

Kudos kepada Frank Lampard. Dalam masa sekejap berjaya menaikkan value ramai pemain muda Chelsea.

Chelsea tidak melakukan pembelian pemain pada awal musim ini. Dan mereka tetap memiliki skuad €1b.

Pemain termahal kini adalah Tammy Abraham dengan €103.1 juta.

6. Man Utd – €1b

Mereka memiliki ramai bintang yang bernilai seperti David De Gea, Bruno Fernandes dan juga duo serangan, Martial dan Rashford.

United kini memiliki skuad dengan nilai pemain €1b di Old Trafford. Nilai dilonjak oleh pemain seperti Bruno Fernandes dan peningkatan pada pemain seperti Mason Greenwood.

Pemain termahal di Old Trafford ketika ini adalah Marcus Rashford dengan €134.6 juta harganya.

7. PSG – €979j

PSG gagal untuk meletakkan nilai skuadnya kepada €1b. Ini kerana ramai pemain yang sudah semakin berusia seperti Thiago Silva.

Pemain termahal dalam skuad mereka adalah Kylian Mbappe iaitu €165 juta.

8. Atletico Madrid – €836j

Atletico Madrid kini memiliki skuad bernilai €836 juta. Pemain termahal mereka adalah Joao Felix yang mereka beli sekitar €120 juta.

Nilai tertinggi juga adalah Joao Felix dengan €101 juta diletakkan CIES.

9. Tottenham Hotspur – €787 juta

Sebelum ini Spurs telah meningkatkan nilai pemainnya dengan mendadak di bawah kendalian Mauricio Pochettino.

Dan kini mereka masih memiliki skuad yang bernilai €787 juta.

Pemain termahal adalah Harry Kane dengan €95.6 juta.

10. Juventus – €783 juta

Untuk skuad yang beterusan mengintai pemain percuma, Juventus sudah melakukan kerjayanya dengan baik.

Namun pemain paling bernilai mereka sekarang ini bukannya Cristiano Ronaldo, tetapi Paulo Dybala dengan €80.3 juta.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai