City Kalah! Arsenal Rasmi Bergelar β€˜Juara’ Krismas Dan Berpeluang Menjadi Juara Musim Ini

Arsenal dengan rasminya bergelar juara pada Krismas. Satu istilah yang digunakan untuk merujuk kepada pasukan yang berada di puncak liga pada Hari Natal.

Manchester City mengalami kekalahan pertama mereka musim ini di tempat sendiri.

2 gol Ivan Toney membuatkan skuad Pep Guardiola menanggung satu lagi kekalahan. Bermakna Arsenal kekal menjadi pasukan Arsenal berada di puncak pada pertengahan liga tanpa menyepak bola lagi.

Kebiasaannya pasukan yang menjadi juara pada Natal akan berpeluang untuk menjadi juara EPL pada musim tersebut.

Namun Arsenal antara pasukan yang memiliki rekod yang agak tidak baik ketika berstatus juara Krismas. Di mana mereka terlepas kejuaraan pada akhir musim dalam 5 kali selepas menjadi juara Krismas terakhir mereka.

Toney skor 2 gol atasi City

Dalam aksi berdepan City, Ivan Toney mungkin menghantar mesej jelas kepada Gareth Southgate bahawa dia masih penyerang berkualiti selepas namanya disisihkan daripada senarai skuad Piala Dunia 2022.

Hanya Mohamed Salah (29), Harry Kane (28) dan Son Heung-min (26) telah menjaringkan lebih banyak gol daripada Toney denganΒ  22 gol dalam Liga Perdana sejak permulaan musim lalu.

Toney mempamerkan prestasi luar biasanya untuk pasukan Brentford dengan persembahan luar biasa sepanjang perlawanan dan disempurnakan dengan gol kemenangan pada minit ke-90+8.

Arsenal ambil kesempatan sebaiknya

Dengan kekalahan Manchester City dalam sepak mula lebih awal, Arsenal menggunakan peluang dengan sebaik baiknya untuk menjarakkan diri 5 mata daripada juara bertahan tersebut.

Arsenal berkunjung ke Molineux menentang Wolves. Perlawanan yang sentiasa sukar buat Arsenal dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Namun kali ini skuad muda Arteta berjaya melepasi satu lagi cabaran getir daripada Wolves.

Arsenal menang 2-0 di tempat lawan untuk memastikan mereka terus berada di puncak liga pada separuh pertama musim 2022/23.

Kapten Arsenal, Martin Odegaard terus menjadi tunjang kempen Arsenal musim ini. Di mana kedua dua gol dalam perlawanan ini dihasilkan oleh beliau selepas barisan serangan berdepan kesukaran menembusi gawang Wolves.

Arsenal kini menyamai rekod Chelsea musim 2005/2006 dan Man United 1993/94 untuk kutipan mata terbanyak selepas 4 perlawanan.

Berada dalam kalangan 7 pasukan dengan pungutan mata tertinggi selepas 14 perlawanan. Dengan 6 pasukan sebelumnya berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris.

Statistik ini mungkin akan mengubah suwey pada Arsenal selepas terlepas kejuaraan akhir musim dengan status β€˜juara’ Krismas atau β€˜juara’ Natal.

Adakah akhirnya Arsenal akan menamatkan penantian kejuaraan EPL mereka? Apa yang pasti proses yang dilakukan Arteta di Arsenal benar benar membuahkan hasil musim ini.

Β 

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi