Clattenburg: ‘Gol Pertama Real Madrid Dalam Final UCL 2016 Adalah Ofsaid’

Mark Clattenburg akhirnya membuat pengakuan bahawa dia melakukan kesilapan yang besar dalam final Liga Juara Juara Eropah 2016.

Di mana gol pertama Real Madrid adalah daripada situasi ofsaid. Dan pada masa yang sama menyalahkan penjaga garisan kerana gagal mengesan ofsaid itu.

Ini kerana agak mustahil untuk Clattenburg mengetahui kedudukan ofsaid itu daripada penglihatannya.

Clattenburg berkata: “Gol pertama Real Madrid itu adalah ofsaid.”

Beliau menulis perkara itu dalam kolum mingguan di Daily Mail. Di mana kesilapan mereka ketika itu membuatkan Real Madrid mendahului Atletico Madrid ketika di dalam aksi final Liga Juara Juara Eropah yang berlangsung di Milan.

Sergio Ramos membuka tirai jaringan seawal minit ke-15. Dan Real Madrid meraikan gol yang kemungkinan besar tak akan wujud jika adanya VAR.

Mark Clattenburg dan para pembantunya hanya menyedari kesilapan itu pada rehat separuh masa di mana mereka menonton kembali tayangan gol itu.

“Dalam aksi final itu, Real Madrid mendahului 1-0 pada separuh masa pertama. Namun gol itu sedikit ofsaid. Dan kami hanya menyedarinya pada separuh masa.”

“Ia keputusan yang sangat sukar dan pembantu saya gagal mengesan keadaan itu dengan lebih baik.”

“Saya memberikan Atletico penalti pada awal separuh masa kedua apabila Pepe mengasari Fernando Torres. Pepe dengan bahasa Inggeris sempurna berkata: ‘Itu bukan penalti sama sekali’, dengan nada yang sangat marah.”

“Saya membalasnya: ‘Gol pertama kamu tadi sepatutnya ditarik balik.’ Saya berja membuatkan dia terdiam.”

Antoine Griezmann gagal menyempurnakan penalti itu. Namun gol dramatik minit akhir Yannick Carrasco mengeret perlawanan ke masa tambahan.

Real Madrid menang 5-3 menerusi penentuan penalti dan menjulang Liga Juara Juara Eropah mereka yang kesebelas.

Keadaan terus menjadi panas apabila Atletico telah memaparkan tangkap layar artikel Clattenburg itu di laman media sosial mereka.

Sebelum ini para penyokong Atletico mahu mengambil tindakan ke atas UEFA kerana memberikan gol itu yang menjadi punca kenapa mereka merasa depresi dalam beberapa tahun.

Mereka mempersoalkan kenapa gol itu diberikan dan ia menyebabkan Atletico tewas di tangan Real Madrid.

Itu antara musim yang paling hampir untuk Atletico menamatkan kemarau penantian Liga Juara Juara Eropah kelab mereka.

 

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.