Conor McGregor Mempersiapkan Diri Kembali Ke Gelanggang Tinju Menentang Pacquiao?

Conor McGregor, 31, sebelum ini sudah menyatakan bahawa masa untuk karier MMA sudah berakhir selepas aksi terakhir menentang Donald Cerrone.

McGregor mengumumkan persaraannya untuk kali ketiga. Dalam ucapan penuh emosinya, McGregor menyatakan beliau sudah hilang keseronokan dengan UFC yang terus membuatkannya menunggu dan menunggu.

McGregor baru sahaja kembali ke UFC selepas 15 bulan. Namun beliau sudah mengejutkan dunia dengan keputusannya untuk bersara.

Dan terbaru, Conor McGregor dilaporkan mahu menghidupkan kembali kariernya sebagai petinju.

Bekas juara berganda UFC itu mendapat perhatian peminat apabila dia memuat naik satu siri gambar dirinya berlatih di kelab tinju Crumlin.

Di Instagram, dia menulis: “Selamat Hari Bapa kepada semua ayah di luar sana, terutama sekali kepada ayah saya sendiri dan Dee’s Da.”

“Saya harus menghabiskan hari dengan orang tersayang di kelab tinju Crumlin. Bukan hari yang buruk sama sekali!

“Semoga semuanya baik. Sláinte.”

Posting McGregor di media sosial itu telah membuatkan peminat membuat spekulasi bahawa beliau bersedian untuk pertarungan ulangan menentang Floyd Mayweather.

Seorang pengguna Instagram menulis: “Adakah ini bererti pertarungan dengan Mayweather sedang berlangsung?”

Yang lain menulis: “Dah nampak dah langkah Mayweather seterusnya … Ayuh sang Juara.”

McGregor bertarung dengan Mayweather pada bulan Ogos 2017 di gelangangga tinju.

Pertembungan di Las Vegas yang sangat menguntungkan itu tetap menjadi satu-satunya pertarungan tinju profesional untuk Conor McGregor.

Sejak itu dia dikaitkan dengan pertarungan ulangan serta pertarungan menentang Manny Pacquiao dan juga Paulie Malignaggi.

Manny Pacquiao telah menandatangani kontrak dengan Paradigm Sports Management, kumpulan yang sama yang mewakili Conor McGregor.

Semasa minggu pertarungan UFC 246, The Notorious menjawab soalan mengenai kemungkinan perlawanan tinju dengan Pacquiao.

Sementara itu, presiden UFC Dana White mengesahkan bahawa beliau tidak akan mempertimbangkan pertarungan untuk McGregor lagi kerana petarung itu sudah bersara.

Dana White berkata: “Saya tidak akan mengejar petarung yang tidak mahu berlawan. Saya tidak mengejar merka. Kami menawarkan tiga pertarungan setahun. Anda mendapat tiga pertarungan setahun, jika anda tidak mahu bertarung, saya ada senarai yang penuh orang yang ingin bertarung. “

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai