Conte Anggap Kad Merah Punca Arsenal Dapat Kelebihan Atasi Spurs

Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte nampaknya amat kecewa dengan keputusan pengadil menghadiahkan Emerson kad merah dalam perlawanan menentang Arsenal.

Dengan hanya bermain dengan 10 orang pemain, Spurs akhirnya ditibai oleh seteru sebandar mereka.

Arsenal meneruskan rekod cemerlang mereka dalam EPL musim ini.

Tottenham Hotspur sebenarnya memulakan perlawanan dengan baik ketika bertandang ke Stadium Emirates. Percubaan Richarlison pada minit ke-13 digagalkan oleh penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale.

Namun Arsenal akhirnya di hadapan selepas Thomas Partey menjaringkan gol pada minit ke-20.

Tetapi keadaan beriya menjadi 1-1 menerusi sepakan penalti Harry Kane.

Selepas itu, Arsenal tidak dapat dibendung dengan menambah dua lagi gol masing-masing menerusi Gabriel Jesus dan Granit Xhaka.

Keadaan menjadi lebih sukar buat Tottenham apabila pemain pertahanan sayap Emerson Royal dibuang padang pada minit ke-62 selepas dilayangkan kad merah terus oleh pengadil kerana mengasari Gabriel Martinelli.

Akibatnya, dalam situasi kekurangan seorang pemain, Tottenham hanya mampu bermain secara bertahan dalam baki masa untuk menahan serangan pemain Arsenal.

Menurut Conte, perlawanan yang awalnya dikuasai Spurs akhirnya bertukar ke tangan Arsenal kerana kad merah tersebut.

Ianya telah memberikan Arsenal kelebihan dengan adanya seorang pemain ekstra. Conte tidak pasti bagaimana Emerson boleh dilayangkan kad merah terus. Dan memutuskan untuk tidak mengulas lanjut.

Conte meminta agar pengurusan EPL melantik pengadil dan pegawai VAR yang benar benar bagus. Kad merah tersebut telah membunuh perlawanan menurut beliau lagi.

“Selepas beberapa minit selepas kad merah, permainan itu menjadi milik mereka,” kata Conte.

“Di England ia sentiasa sukar untuk difahami. Tiada situasi dan keadaan yang sama. Pengadil memutuskan warna merah, saya tidak mahu mengulas (keputusannya).”

“Tetapi yang pasti kad merah itu mengubah permainan. Pada permulaan kami mempunyai tiga penyerang dan ini benar-benar mengubah keadaan. Kami perlu menukar penyerang untuk mempunyai keseimbangan yang baik.”

Agak ironi kerana sebelum ini Conte pernah menembak Arteta agar tidak terlalu banyak merungut, ketika pengurus itu mempersoalkan keputusan pengadil.

Baca yang lain