Conte Mahu Kante, Dan Lampard OK Kalau Kante OK

Adakah N’golo Kante akan bersatu kembali dengan bekas pengurus lamanya Antonio Conte?

Pemain Perancis itu pada satu ketika digelar sebagai sukar digugat oleh Frank Lampard. namun pada masa kini beliau terus bergelumang dan bergelut dengan kecederaan.

Menurut laporan oleh Gazetta dello Sport, Chelsea membuka pintu jika pemain itu mahu keluar dari The Blues.

Ianya akan membolehkan Frank Lampard Dapat sikit dana untuk menandatangani pemain baharu.

Kante bukan pemain no.6 utama di Chelsea. Beliau dikatakan sebagai pemain peranan di nombor lapan.

Jorginho masih kekal pada pusingan pertama sebagai nombor 6 ataupun defensive midfielder di Chelsea.

Antonio Conte ni,kita semua tahu bahawa beliau merupakan pengurus yang sangat mengagumi Kante.

Kante menjadi Nadi penting pasukannya jika di Chelsea. Dan beliau sudah berkira kira untuk membawa Kante ke Inter Milan jika Kante mahukan jaminan kesebelasan utama.

Namun isu yang jelas adalah harga. Chelsea pastinya tak akan menjual murah Kante. Hazard yang beberapa minggu lagi nak free agent pun dia jual harga yahudi. Inikan pula Kante yang masih ada baki 3 tahun pada kontraknya.

Gaji semasa Kante di Chelsea juga mungkin akan menjadi halangan kepada Inter Milan yang kini ramai pemain bergaji tinggi. Kante menerima £290,000 seminggu. Ini gaji level level Barca, Real Madrid, City dan United.

Chelsea dijangka mahukan sekurang kurangnya £80 juta untuk bekas pemain Leicester itu.

Namun Kante boleh sahaja mengurangkan gajinya jika dia benar benar mahu bereunion bersama dengan Conte.

Kante menjadi pemain yang meningkatkan keupayaan ofensifnya bersama dengan Conte.

Bagi peminat Chelsea, mereka rata rata tidak mahu melihat pemenang Piala Dunia ini angkat kaki dari kelab mereka.

Lambakan pemain tengah di Chelsea pastinya akan membuatkan ada nama yang akan keluar. Tidak pasti ianya Kante ataupun sebaliknya.

Setakat ini Antonio Conte biasanya berjaya dapat pemain dari EPL yang dia nak.

Kante sangat memahami sistem permainan Antonio Conte. Dan beliau seorang pemain yang rajin, menepati ciri ciri dan etika yang dikehendaki Antonio Conte.

Musim hadapan, Conte mahu lebih serius mencabar kejuaraan Serie A selepas gagal dan terciduk di separuh kedua musim ini.

Selain daripada Kante, Inter Milan juga dijangka akan terus cuba mendapatkan beberapa lagi nama besar dalam bursa perpindahan.

Antaranya Emerson Palmieri dan Arturo Vidal yang dikaitkan berada dalam radar Conte ketika ini.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai