Conte Pertahankan Calon Menantunya Son Heung Min: “Baik Orangnya Untuk Anak Dara Saya”

Bos pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte berkata dia akan berasa sangat gembira jika Son Heung-min mengahwini anak perempuannya. Menganggap Son Heung Min sebagai menantu lelaki idamannya.

Pada masa yang sama, Conte mempertahankan penyerang Korea Selatan yang bergelut dengan prestasi di hadapan gol pada awal musim ini.

Calon menantu Conte itu telah gagal mencapai tahap yang diraihnya pada musim lalu apabila permulaan tanpa jaringan musim ini berterusan semasa kemenangan 2-0 Spurs di tempat lawan ke Nottingham Forest pada hari Ahad.

Son Heung Min musim lalu dianggap salah seorang penyerang terbaik di dunia dengan jumlah gol yang sangat banyak dan ketajaman luar biasa.

Prestasinya setakat penggal ini jauh tersasar daripada landasan. Musim lalu dia menjaringkan 10 gol dalam sembilan perlawanan terakhir musim lalu yang membantu Son memenangi anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris.

Namun begitu, Conte berkata dia tak risau dengan prestasi semasa Son. Kerana pemain itu seorang yang bijak.

Conte berkata: “Saya faham Sonny seorang pemain yang sangat bijak.”

“Dia benar-benar bijak dan seorang lelaki dikenali ramai, seorang lelaki yang sangat baik. Jika saya hendak membuat contoh, jika saya perlu mencari suami untuk anak perempuan saya, saya ingin menjadikan orang seperti dia sebagai menantu saya.”

Conte mengakui dia melihat kesukaran Son di hadapan gol kerana hilang ketenangan. Mungkin dia merasai tekanan daripada prestasi dirinya sendiri musim lalu?

Dai segi taktikal Conte tiada masalah dengan Son kerana pemain itu masih bergerak dengan baik seperti biasa dan mendapat peluang gol.

Pengendali asal Itali itu menambah: “Dalam masa ini mungkin dia banyak menderita kerana dia tidak menjaringkan gol. Tetapi dia perlu meneruskan cara ini dan mempercayai dirinya sendiri kerana dalam setiap perlawanan dia mempunyai peluang, peluang untuk menjaringkan gol dan kemudian dia perlu tenang.”

“Kami mempercayai dia dan rakan sepasukan. Anda semua benar benar tahu kepentingan pemain ini bersama Harry Kane dan pastinya dia agak kecewa kerana dia tidak menjaringkan gol tetapi tiada masalah.”

“Bagi saya, Sonny akan sentiasa menjadi orang gila dalam pasukan saya, dalam cita-cita bola sepak saya.”

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah