Courtois: ‘Kami Pasukan Lebih Baik, Aksi Menentang Itali Ni Tak Berguna Langsung’

Penjaga gol Belgium tidak gembira dengan aksi penentuan tempat ketiga Liga Bangsa Eropah berdepan dengan Itali.

Courtois menyatakan bahawa ianya perlawanan yang tidak perlu dan tidak ada maknanya bagi dirinya.

Juara Dunia 2018, Perancis berjaya mengejutkan Belgium dengan aksi memukau separuh masa kedua walaupun ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama.

Perancis menjaringkan 3 gol pada separuh masa kedua dan membuatkan Belgium sekali lagi gigit jari, walaupun sudah beberapa kali menjadi pasukan pilihan dalam kejohanan yang mereka sertai.

Mana tidaknya, generasi emas Belgium ini ranum sejak Euro 2016, dan kemudian Piala Dunia 2018, UNL 2020, diikuti Euro 2020, kesemuanya gagal menang.

Kali ini pun, dalam UNL 2021, mereka gagal menepati harapan peminat mereka.

Courtois agak kecewa kerana menurutnya Belgium adalah pasukan lebih baik dan dominan. Namun Perancis pula yang menang.

Walaupun statistik meninjukkan bahawa 52% bola dikuasai oleh Perancis.

Penjaga gol Real Madrid itu ada pandangan berbeza.

“Kami bermain bagus sekali separuh masa pertama terutama sekali dari segi penguasaan bola.”

“Separuh masa kedua mereka bermain lebih ke atas, dan menekan kami. Kami tak tenang dengan bola kerana pressing itu dan memberikan mereka gol. Ianya agak memalukan.”

“Saya tak nak tengok ulangan gol itu. Namun untuk gol pertama, berdepan dengan pemain pemain seperti mereka, ianya sangat biasa untuk kamu dihukum kerana mereka memiliki pemain berkelas dunia di dalam kotak penalti.”

“Gol kedua, ianya memalukan sebab penalti. Kerana kami tahu, 2-0 tak akan pernah cukup untuk menjamin kemenangan melawan Perancis.”

“Tiada apa yang kami boleh kecewakan sangat, namun aksi Ahad ni berdepan dengan Itali, saya tidak faham langsung. Ianya aksi yang tidak berguna pun, tidak ada makna.”

“Menjadi no.3 dalam UNL ni adalah benda yang tak ada maknanya. Tak tahulah kenapa kami harus bermain perlawanan seperti ini.”

Sebenarnya aksi UNL ini dianggap aksi persahabatan yang berpiala. Kerana ada pasukan liat melepaskan pemain hanya untuk persahabatan.

Selain itu, ianya juga dianggap piala bukan major setakat ini. Dianggap piala untuk minggu antarabangsa. Mungkin sebab itu perlawanan tempat ketiga ini masih wujud. Kerana nak memenuhi jadual dua perlawanan kalendar antarabangsa itu.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai