Dana White Paling Menyampah Tengok Bola Sepak: “Sukan Orang Tak Berbakat Berkumpul Dalam Padang”

Kebanyakan manusian  di dunia mungkin menyukai Piala Dunia sekarang, dan merindui aksi yang tengah berehat beberapa hari sebelum suku akhir.

Namun Dana White pula menyatakan dia menyampah dengan Piala Dunia serta bola sepak.

Ketika ramai yang menganggap bola sepak dan Piala Dunia memberikan detik luar biasa, terutama sekali dalam Piala Dunia Qatar 2022. Arab Saudi menang ke atas Argentina. Korea Selatan menang ke atas Portugal. Jepun menang ke atas 2 pasukan daripada ‘keluarga’ Juara Dunia iaitu Sepanyol dan Jerman.

Terbaru, Maghribi menyingkirkan Sepanyol daripada peringkat 16 akhir. Namun di mata Dana White bola sepak dan Piala Dunia adalah sukan membosankan dan dimainkan manusia tidak berbakat.

“Bola sepak? Apa sahaja permainan bola lain. Saya menyampah dan tak tahan dengan bola sepak.”

“Saya fikir bola sepak adalah sukan yang paling kurang berbakat di dunia,” kata bos UFC, Dana Whit dalam podcastnya baru baru ini.

Kemudian White membandingna sukan UFC dan bola sepak. Di mana menurutnya, kanak kanak kecil pun boleh bermain bola sepak seawal umur 3 tahun. Namun tidak untuk UFC.

“Ada sebab kanak-kanak tiga tahun boleh bermain bola sepak ok? Kamu berlari-lari dan menendang bola. Tu je.”

White kemudian dicelah oleh seseorang yang mencadangkan dia tidak akan mengulangi pendapat itu ketika di Amerika Selatan.

Namun White berkata: “Kamu mungkin tidak akan mengatakannya begitu jika kamu berada di Brazil, kawan, … saya akan mengatakan ini di mana-mana negara,” balas White.

“Apabila kamu bermain permainan di mana jaringannya begitu besar, dan skor 3-1, adakah kamu akan membantah saya sekarang?

“Adakah anda tahu betapa tidak berbakatnya kamu untuk cuba mendapatkan tiga mata apabila jaring sebesar ini?”

Pandangan Dana White itu benar benar membuatkan dia dikecam teruk. Mereka meminta White melihat sendiri bola sepak yang dimainkan dengan intensiti dan taktikal yang rumit pada hari ini.

Ronaldinho dan Messi misalnya, boleh mencelah menerusi celahan ruang sempit. Cristiano Ronaldo mampu melonjak sangat tinggi.

Ada juga yang meminta White agar tidak mengulangi pendapat bodoh beliau itu jika dia sekadar mahukan lagak publisiti kerana pada hari ini dunia hanya tertumpu kepada Piala Dunia dan tidak kisah tentang sukan lain termasuk UFC, membuatkannya terasa kehilangan pendapatan dalam sebulan ini.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai