David Ornstein Dedahkan Realiti Arsenal Dalam Situasi Mendapatkan Rice Ketika Ini

Semalam pundit TalkSPORTS melaporkan bahawa Arsenal kekal mendahului persaingan mendapatkan Declan Rice walaupun ada minta daripada Manchester City.

Hal ini kerana menurut mereka, Rice tertarik dengan projek Mikel Arteta dan yakin akan menjadi pemain penting di kelab itu.

Namun selepas itu Gianluca Di Marzio menedahkan bahawa sebenarnya, Manchester City sudah berada di pendahuluan untuk mendapatkan Rice berbanding Arsenal.

Walaupun TalkSports yakin Arsenal masih berpeluang lebih baik mendapatkan Rice, tetapi laporan GdM hari ini membuatkan peminat Arsenal kembali resah.

Gianluca Di Marzio pada hari ini mendedahkan bahawa pemain itu sedia untuk mempertimbangkan tawaran Manchester City.

Kelab berpangkalan di Etihad itu semakin yakin akan dapat menyailang rundingan dengan Declan Rice agar pemain itu tidak menyertai Arsenal.

Dilaporkan Arsenal sebelum ini mengemukakan tawaran kedua bernilai £90 juta dengan pecahan £75 juta + £15 juta bonus.

Namun ditolak West Ham kerana butiran pada bonus dianggap tidak realistik.

Seterusnya Man City sedia menawarkan pakej sama 75+15 seperti Arsenal. Namun untuk £75 juta bayaran tetap, Man City akan membayarnya dengan 2 kali ansuran.

Selepas tawaran kedua mereka ditolak, Arsenal sedang bersedia untuk tawaran ketiga. TalkSPORTS sebelum ini menyatakan peminat Arsenal tak perlu risau kerana Arsenal masih pendahulu persaingan mendapatkan Rice.

Kerana pemain itu benar benar berminat mahu menyertai projek Arteta. Di mana pengurus Arsenal itu menjadi orang penting dalam memujuk Rice datang ke Emirates.

Man City sudah mendapatkan Mateo Kovacic sebelum ini. Sedia memperkuatkan lagi bahagian tengah dengan mendapatkan Declan Rice. City baru kehilangan kapten treble mereka, Ilkay Gundogan yang pergi secara percuma. Dilaporkan sudah mencapai kesepakatan dengan Barcelona.

Man City sudah mengingatkan Rice bahawa mereka tidak menjanjikan pemain itu minit yang banyak seperti mana ditawarkan Arsenal kerana Guardiola sentiasa berpegang kepada sistem penggiliran pemain.

Namun Rice dikatakan tertarik dengan projek Man City yang akan bermula dengan usaha mempertahankan kejuaraan treble. Mereka juga akan beraksi di Perisai Komuniti, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab.

Fabrizio Romano turut melaporkan bahawa City benar benar berminat mendapatkan Rice.

Pandangan David Ornstein

Tiada siapa yang lebih ditunggu oleh peminat Arsenal dalam isu berkaitan perpindahan pemain ke kelab mereka selain David Ornstein.

Tidak kiralah Fabrizio Romano atau Gianluca Di Marzio sekalipun.

Peminat Arsenal meletakkan Ornstein di atas Fabrizio Romano sekalipun apabila tiba ke berita Arsenal. Malah penyokong Arsenal juga yang mewujudkan propaganda melabel Ornstein GOAT sebenar berita perpindahan pemain selepas Fabrizio Romano dituduh beberapa kali tap in berita dari sumber Ornstein.

Sehingga wujud perseteruan ibarat Messi vs CR7 di dalam arena laporan perpindahan.

David Ornstein, bercakap di saluran YouTube Five, mencadangkan Man City mungkin menyusun pakej yang lebih menarik untuk Declan Rice.

Dan pakej itu berpotensi mengatasi Arsenal.

Dia berkata, “Kestabilan kewangan Man City [bermakna] mereka mempunyai keupayaan untuk pergi lebih tinggi daripada Arsenal atau membuat syarat lebih menarik [mengatasi apa jua tawaran Arsenal].”

“Menandangkan Arsenal mengutamakan Rice, anda akan merasakan Arsenal akan cuba sedaya upaya mungkin untuk pergi bersaing sehingga ke akhirnya, atau menawarkan terma lebih baik.”

Ornstein turut merasakan bahawa usaha mengejar Rice menjadi satu perjuangan yang sukar untuk Arsenal kerana mereka bersaing dengan salah satu kelab terkaya dan paling berjaya.

Adakah dedikasi Arsenal cukup untuk mendapatkan Rice membantu mereka memuktamadkan perjanjian tersebut?

Baca yang lain