De Gea: Mungkin Kami Dah Terkena Sumpahan Atau Buatan Orang

Penjaga gol bintang Manchester United, David De Gea membuat kenyataan yang agal pelik berkenaan dengan kesukaran Manchester United memenangi trofi selepas persaraan Sir Alex Ferguson pada 2013.

Di mana kali terakhir Man United memenangi trofi major adalah pada 2017, ketika di bawah Jose Mourinho – di mana Setan Merah ketika itu menjulang Liga Europa.

​Man United haven’t won the Premier League since 2013, with their last piece of silverware being the Europa League in 2017.

Musim lalu, Manchester United gagal dalam aksi final Europa League, kalah di tangan Villarreal menerusi penentuan sepakan penalti.

Musim ini, Man United cuma ada peluang untuk memenangi Liga Juara Juara Eropah. Selepas mereka disingkirkan daripada Piala FA dan Piala Carabao. Liga Perdana Inggeris sudah jauh daripada jangkauan mereka.

De Gea berkata, Man United mungkin sudah terkena sumpahan atau buatan orang membuatkan mereka sukar nak memenangi piala major selepas era Sir Alex Ferguson.

Sejak Sir Alex Ferguson meninggalkan Man United, pasukan itu sebenarnya memiliki ramai bintang yang beli untuk membantu mereka memenangi kejuaran.

Ini termasuk Angel Di Maria, Memphis Depay, Alexis Sanchez, Zlatan Ibrahimovic, Paul Pogba dan ramai lagi.

Namun nama nama seperti Di Maria, Depay, Sanchez kesemuanya gagal bertahan lama dalam pasukan kerana tidak menepati prestasi yang diharapkan.

United berbelanja ratusan juta pound sterling di jendela perpindahan. Namun kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara Juara Eropah tetap tak singgah di Old Trafford selepas pemergian Fergie dari Old Trafford.

Pengurus sudah silih berganti di Old Trafford, skripnya masih sama sahaja.

De Gea tuding ada orang sumpah United

Bercakap kepada El Pais, De Gea berkata: “Saya rasa, jangan jangan ada seseorang yang meletakkan sumpahan atau sesuatu kepada kami. Hakikatnya, saya sendiri pun tak tahu apa yang sedang berlaku, langsung tak faham.”

“Orang selaly tanya saya dan kami bercakap tentangnya sesama rakan sepasukan, dan kami semua akan cakap: ‘Kami pun tak tahu apa sebenarnya sedang berlaku’.”

“Kita seharusnya bersaing untuk lebih banyak trofi, kejuaraan lebih besar, namun saya tak tahu kenapa pasukan ini tidah berfungsi seperti itu.”

De Gea kemudian ditanya tentang prestasinya yang membanggakan dengan catatan statistik saves / penyelamatan yang luar biasa dalam dua musim terakhir ini.

Mengembalikan semula De Gea sebagai no.1 di United selepas kedudukannya goyah sebelum ini dicabar oleh Dean Henderson. De Gea malah dilihat akan menjadi no.1 di Sepanyol sekali lagi selepas ini.

Namun pada pandangan De Gea pula, penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu melihat perkara itu dari sudut berbeza, tak memadai hanya kecapi rasa selesa, kerana baginya, itu juga petanda bahawa pasukan lawan mencipta peluang yang banyak berdepan dengan mereka.

De Gea menambah: “Saya tak tahu kalau itu adalah perkara yang bagus [merujuk kepada statistik penyelamatan]. Sebab itu juga bukti bahawa pasukan lawan mencipta banyak peluang menentang kami.”

“Namun itu memang sudah tugas saya di sini, cuba menghnetikan gol lawan, cuba membantu pasukan semampu yang saya boleh. Dan musim ini perkara seperti itu berjalan lancar [untuk saya],” kata De Gea yang berpuas hati dengan prestasinya secara peribadi.

David De Gea merupakan salah seorang pemain yang berada dalam skuad kejuaraan EPL terakhir United pada 2012/13. De Gea kemudian membantu United memnenagi Piala FA, Liga Europa.

Namun United masih bergelut untuk memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara Juara Eropah.

Walaubagaimanapun, United masih berpeluang mencipta kejayaan dalam Liga Juara Juara Eropah.

 

Baca yang lain