De Jong Rayu Xavi Turunkannya Sebagai Kesbelasan Utama Lawan Real Madrid

Pemain tengah Barcelona, ​​Frenkie de Jong, berharap dia akan bermain sebagai pemain kesebelasan utama menentang Real Madrid dalam El Clasico.

Musim 2022-2023 tidak berjalan lancar untuk Frenkie de Jong. Ini kerana, De Jong bukan lagi pilihan utama dalam skuad kendalian Xavi Hernandez.

Setakat ini, pemain tengah pasukan kebangsaan Belanda itu hanya membuat 4 penampilan sebagai permulaan daripada 10 penampilan dalam semua pertandingan.

Peminat Barca sendiri ramai yang kurang faham kenapa Xavi tidak menjadikan pemain itu sebagai pemain kesebelasan utama secara regular.

De Jong pada ketika ini di belakang pemain Barcelona yang lain iaitu, ​​Pedri, Gavi, dan Sergio Busquets.

Baru-baru ini, De Jong mengakui dia cukup kecewa dengan situasi di Barcelona.  Kerana dia mahu terlibat dengan lebih banyak. Ini ditambah dengan kecemerlangannya setiap kali beraksi.

Maka pemain tengah asal Belanda itu berharap Xavi akan mempertimbangkannya sebagai pemain kesebelasan utama pada aksi El Clasico akan diadakan di Stadium Santiago Bernabeu pada hari ini.

De Jong yang musim panas lalu cuba dijual ke Manchester United oleh Barca namun gagal. Kerana dia tidak mahu berpindah. Telah diberitahu bahawa dia bukan pemain utama dalam perancangan Xavi musim ini.

Namun pemain itu berkeras mahu terus kekal. Dan Xavi memberikan jaminan bahawa dia akan melayan De Jong selayaknya seorang pemain, setelah perpindahan gagal.

Itu memberikan sedikit harapan buat De Jong. Tetapi situasinya kini, De Jong bukan pemain regular dalam kesebelasan utama.

“Kami tidak banyak bercakap dengan Xavi, tetapi kami hanya bercakap mengenai bola sepak,” kata De Jong kepada Goal.

“Saya tahu saya akan bermain kurang pada permulaan musim. Saya mahu menjadi pemain kesebelasan utama sekali lagi.”

“Menentang Bayern, saya bukan pemain permulaan dan saya berharap dapat menjadi kesebelasan utama bermain menentang Real Madrid.”

“Mungkin dia sudah membuat keputusan, tetapi biasanya kita tidak tahu [siapa akan menjadi pemula] sehingga hari perlawanan.”

Dalam aksi pra musim De Jong banyak bermain di CB. Dan Xavi turut mempertimbangkan pemain itu sebagai bek tengah. Ini kerana krisis kecederaan di bahagian bek tengah serta prestasi tidak menentu Gerard Pique.

Ketika ini, Barcelona dan Real Madrid kedua-duanya mengumpul 22 mata daripada lapan perlawanan dalam Liga Sepanyol.

Barca lebih unggul dari segi perbezaan gol dengan menjaringkan 20 gol dan bolos sekali sahaja.

Real Madrid telah menjaringkan 19 gol dan bolos tujuh kali. Oleh sebab itu Barca berada di puncak liga.

Aksi El Clasico kali ini pastinya akan panas seperti biasa.

 

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai