Dele Alli Dirompak Di Rumahnya, Muka Cedera Kerana Ditumbuk

Bintang Tottenham, Dele Alli telah dirompak dan diacukan pisau ketika kejadian pada awal pagi Rabu di rumahnya.

Dele Alli menjalani isolasi di rumahnya di London bersama dengan abang, seorang rakan serta teman wanintanya dan teman wanita abangnya.

Menurut Daily Mail, rumah Alli dipecah masuk pada tengah malam oleh dua orang penyamun yang bersenjatakan pisau.

Alli mengalami kecederaan kecil di mukannya selepas ditumbuk beberapa kali oleh perompak di mukanya.

Perompak berjaya melarikan diri dengan hasil rompakan berupa jam tangan, beberapa jenis barang kemas dan lain lain.

Rakaman kamera litar tertutup telah diserahkan oleh pegawai keselamatan bangunan kepada pihak polis. Namun masih belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan kepada Daily Mail bahawa siasatan sedang dijalankan.

Alli dan kesemua mangsa dalam keadaan trauma kerana kejadian itu. Mereka kesemuanya tidak mengalami kecederaan yang teruk.

Jurucakap polis berkata: “Polis menerima panggilan sekitar 3:35 pagi Rabu, 13 Mei, ada satu laporan tentang rompakan di kediaman beralamat di Barnet.”

“Dua lelaki perompak telah memecah masuk ke dalam rumah dan melarikan barang – barang seperti barang kemas, jam tangan, sebelum melarikan diri.”

“Seorang daripada mangsa, berusia sekitar 20-an, cedera ringan di bahagian muka, kerana telah diserang. Mangsa tak memerlukan rawatan hospital.”

“Buar masa ini, masih belum ada tangkapan dibuat, namun siasatan akan diteruskan.”

Dele Alli sedang bersiap sedia untuk kembali semula ke latihan bersama sama dengan pasukannya pada minggu hadapan.

Semoga penjenayah ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Baca yang lain